YEAR 2017

AHB Declares Interim Income Distribution of 3.10 Sen a Unit
Posted April 17th, 2017 in Media Release 2017

Press Release

For Immediate Release



AHB Declares Interim Income Distribution of 3.10 Sen a Unit

Kuala Lumpur, 5 April 2017 - Pelaburan Hartanah Berhad (“PHB”), the sponsor of Amanah Hartanah Bumiputera (“AHB” or “the Fund”), and Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (“MAM”), the Fund Manager, today jointly announced the Fund interim income distribution of 3.10 sen a unit. The income distribution is for the six-month period ended 31 March 2017.

The income distribution of AHB is tax-exempt and payable net of zakat, which will be credited directly into the unit holder’s bank account on 17 April 2017. For Employees Provident Fund (“EPF”) Member’s Investment Scheme, it will be credited into Account 1 of EPF.

MAM was accorded international recognition for AHB as the Best Islamic Product 2016 for the second consecutive year by ‘Asia Asset Management Best of the Best Awards’ for its unique and salient features that meet the needs of Islamic investors. This further boosted investor confidence, serving as the fund’s testimony. With the global acknowledgement of AHB, the product becomes not only a viable investment but is especially attractive to investors, considering the volatile investment landscape today.

AHB is a Shariah compliant real-estate backed trust fund with a fixed-price of RM1.00 per unit. It enables Bumiputera investors to participate in the beneficial ownership of real estate assets by providing them with a regular and consistent income stream. The Fund is made available for subscription at all Maybank and AmBank branches nationwide.

-End-

Sultan Terengganu berkenan rasmi tapak projek pembangunan pusat beli belah Mayang Mall di Kuala Terengganu milik PHB di bawah pengurusan Sogo
Posted April 03rd, 2017 in Media Release 2017

SIARAN AKHBAR

Untuk Sebaran Segera



Sultan Terengganu berkenan rasmi tapak projek pembangunan pusat beli belah Mayang Mall di Kuala Terengganu milik PHB di bawah pengurusan Sogo

Majlis Pecah Tanah tapak pembangunan Mayang Mall dirasmikan hari ini oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, bakal bawa arus perubahan baru di Terengganu justeru menjadikannya hab ekonomi baru di Pantai Timur Malaysia

Kuala Terengganu, 3 April 2017 - Pelaburan Hartanah Berhad (PHB),sebuah syarikat pelaburan hartanah dan anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) hari ini telah melakar satu lagi sejarah apabila majlis pecah tanah tapak projek pembangunan pusat beli belah di Terengganu milik PHB telah dianjurkan dengan penuh gilang gemilang. Bakal dinamakan Mayang Mall, ia bertambah istimewa dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, untuk mencemar duli dan merasmikan majlis tersebut. Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 9.30 pagi diiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu, beberapa barisan Exco Terengganu serta Yang Berbahagia Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi PHB dan juga Yang Berbahagia Datuk Kamalul Arifin Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB.

Pada bulan Ogos 2015, PHB telah menandatangani perjanjian Jual Beli dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), sebuah agensi kerajaan negeri Terengganu, untuk pembelian plot tanah komersil di ibu negeri Terengganu tersebut. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, pihak-pihak yang menandatangani bersetuju bahawa Kerajaan Negeri Terengganu memberi hakmilik tanah yang terlibat kepada PHB, diluluskan untuk pembangunan sebuah kawasan komersil bersepadu oleh PHB. Dengan kedudukannya yang sangat strategik di Jalan Sultan Zainal Abidin di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu yang juga merupakan pusat pentadbiran dan perdagangan, lokasi tanah berukuran sekitar 10.8 ekar tersebut juga bersempadan dengan sebuah lagi projek yang dikenali sebagai Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Ini sekaligus menjadikan ia sebuah kawasan pelaburan hartanah berdaya maju dan berpotensi tinggi.

Pada majlis tersebut juga diadakan acara menandatangani dua perjanjian di antara PHB dan Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd (Sogo), iaitu Perjanjian Pembinaan dan Perjanjian Penyewaan Mayang Mall. Sogo KL telah dilantik sebagai penyewa penuh pusat beli belah tersebut dan diberi kepercayaan untuk mengurus penyewaan perniagaan, operasi dan perkhidmatan produk dan servis demi memastikan kedinamikan, imej dan peranan Mayang Mall sebagai pusat beli belah paling berprestij di Terengganu selari dengan kemajuan ekonomi, taraf hidup dan cara hidup rakyat di negeri itu. Senibina Mayang Mall adalah gabungan rekaan firma arkitek terkemuka, GDP Architects Sdn Bhd dan Lead 8 Pte Ltd (Singapore). Pembinaan dijangka siap pada tahun 2020.

Mengulas tentang majlis hari ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman menyatakan, “Majlis ini amat bermakna terutama sekali dengan sambutan Tahun Melawat Terengganu 2017. Ia menunjukkan betapa kerajaan negeri Terengganu begitu serius, bukan sahaja untuk membangunkan taraf ekonomi negeri ini dengan menarik pelabur, malah untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang kaya dengan tempat tumpuan tarikan pelancong bukan sahaja dari dalam malah luar negara. Kita bukan sahaja memiliki pusat peranginan yang dikenali serata dunia, malah pusat beli belah bertaraf antarabangsa. Saya juga difahamkan bahawa Mayang Mall yang bakal dibina ini akan menjanjikan lebih kurang 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu”. Tambah beliau lagi, dengan bermulanya pembinaan jambatan angkat dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di bawah projek Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Kawasan Timur atau ‘East Coast Economic Region Development Council’ (ECERDC), ia akan memperbaiki sistem perhubungan di antara Kuala Terengganu dengan hab-hab komersil lain di dalam dan di Pantai Timur negara.

Turut memberi ucapan adalah Yang Berbahagia Datuk Kamalul Arifin Othman. Beliau menyatakan, “Semenjak ditubuhkan pada tahun 2006, PHB begitu aktif di dalam usahanya memberi peluang kepada pelabur-pelabur Bumiputera agar dapat turut serta mengambil bahagian di dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersial perdana dan strategik melalui pegangan unit di dalam AHB. Setelah berjaya menembusi pasaran hartanah di Lembah Klang dan negeri-negeri di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, langkah yang diambil untuk turut serta di dalam pembangunan negeri Terengganu adalah strategi PHB untuk mengukuhkan penyertaan syarikat di dalam pemilikan hab komersil serata negara. Pembinaan Mayang Mall adalah satu pencapaian yang sangat bermakna bagi PHB terutama sekali di dalam usaha untuk mengembangkan portfolio syarikat serta menjana dan memberikan aliran pendapatan yang tetap serta konsisten sambil mengekalkan modal pelaburan pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)”.

Projek ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama merangkumi servis apartmen 15 tingkat di atas pusat beli belah enam tingkat Mayang Mall dengan keluasan 715,000 kaki persegi. Fasa kedua pula adalah pembinaan hotel 16 tingkat dan tertakluk kepada permintaan pasaran. Nilai kasar keseluruhan pembangunan ini adalah lebih kurang RM900 juta.

Mayang Mall merupakan pusat beli belah kelima milik PHB selepas empat yang lain yang terletak di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Sogo KL dipilih sebagai pengurus berdasarkan reputasinya dalam industri pengurusan pusat beli belah di Malaysia. Pada kiraan terbaru, Sogo KL menerima lebih kurang sejuta pengunjung sebulan dengan lebih kurang 6,000 daripada pemegang kad ahlinya adalah dari Terengganu. Sebanyak 300 ruang perniagaan bakal tersedia di Mayang Mall dan ia akan dipenuhi dengan outlet pakaian, panggung wayang, pasar raya, pusat kesihatan dan rekreasi, kedai buku, restoran, bazaar makanan atau ‘food court’ dan pelbagai lagi kemudahan.

-Tamat-

PHB HELPS UNDERPRIVILEGED STUDENTS ACCESS AHB UNIT TRUST FUND
Posted February 15, 2017 in Media Release 2017

PHB HELPS UNDERPRIVILEGED STUDENTS ACCESS AHB UNIT TRUST FUND

"Kempen Menabung Sambil Melabur"

KUALA LUMPUR, Feb 15 – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) today launched “Kempen Menabung Sambil Melabur” with the aim to create public awareness on Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) unit trust fund as one of the affordable platform for saving and investing especially for the youngsters.

In kicking off the campaign, PHB distributed 1,000 units of AHB units to 200 selected secondary students from Form 3 to Form 5, which in total amounted to 200,000 units.

The 200 students from four schools near Klang Valley were invited to take part in the Corporate Social Responsibility (CSR) program today. The four selected schools were Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko and Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.

In addition, PHB also organized a short talk session with AHB’s fund manager, Maybank Asset Management Sdn Bhd and AHB’s Icon, Miss Neelofa, in order to create awareness on the importance of savings and investing from young. This talk provided the students with basic financial information such as financial planning, prudent spending and how savings would benefit their personal development plan.

“The campaign serves as a platform for PHB in not only assisting the community but also generating spillover effects to the economy and social vibrancy in the locality. We believe that making a positive contribution to local communities is our fundamental responsibility. We also hope that with this AHB units, students will have direct access to an effective platform to start saving and investing from young,” said Datuk Kamalul Arifin Othman, Group Managing Director / Chief Executive Officer of PHB.

He added that PHB also planned to expand the distribution of AHB units program to many more selected schools throughout Malaysia.

“I am sure if we can reach the rural areas to do such promotions and disseminate information on financial savings and investment, many more Bumiputeras community will have the opportunity to invest in AHB and indirectly support the government's objective to enable the people to enjoy the country's wealth equitably,” says Datuk Kamalul.

AHB was launched by Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia and Chairman of Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera on 29 November 2010. AHB is the first Shariah-compliant asset-backed fund in Malaysia. It was established to provide opportunities for the Bumiputera community in order to participate and invest in beneficial ownership of prime commercial properties in Malaysia. AHB is presently backed by 17 commercial properties that are already tenanted and enjoying a steady stream of rental income.

In April 2016, the fund size was strengthened to 3.5 billion units from initial 1 billion units of RM1.00 per unit. Moreover, minimum individual investment has been revised down to RM100 per person from RM500 per person, while maximum investment raised from RM400, 000 to RM500, 000 per person.

AHB was accorded international recognition as the Best Islamic Product for the second consecutive year by ‘Asia Asset Management Best of the Best Awards’ in 2015 and 2016 for its unique and salient features that meet the needs of Islamic investors. This further boosted investor confidence, on AHB. With the global acknowledgement of AHB, the product has not only become a viable investment but is especially attractive to investors, considering the challenging investment landscape today.



END