Pengisian Program Man Jadda Wajada Musim Ke-7 & 8 Semakin Matang

Man Jadda Wajada. Siapa Berusaha Dia berjaya.

Kuala Lumpur, 31 Mac 2015 – Bagi penonton setia TV AlHijrah, pepatah arab ini sudah semestinya akan mengingatkan mereka kepada sebuah rancangan terbitan TV AlHijrah yang bermatlamat menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab korporat (CSR) dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan memiliki projek maju diri yang mampu menaiktaraf ekonomi keluarga.

Memasuki musim ke 7 April ini, rancangan Man Jadda Wajada dilihat semakin matang,agresif dengan semangat bantu yang tinggi dalam menyelamatkan kehidupan, memajukan diri sekali gus menaik taraf ekonomi ummah.

Man Jadda Wajada akan memulakan siaran musim ke 7 pada 6 April 2015, setiap Isnin, jam 9 malam selama 13 episod yang penuh warna warni kehidupan.

Istimewanya, pada musim baru ini, Man Jadda Wajada dijayakan dengan kerjasama Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang bertindak sebagai rakan kolaborasi merangkap penaja utama.

Jika dilihat kepada tujuan utama penerbitan rancangan ini, masyarakat umum akan mendapati bahawa Program Man Jadda Wajada ini membuka jalan dan peluang kepada responden terpilih untuk memajukan diri dan membina kehidupan yang lebih baik daripada hari sebelumnya.

Pada setiap episod, seorang responden yang memenuhi kriteria seorang asnaf dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ataupun mereka yang mempunyai kemahiran dipilih untuk menerima bantuan.

Bantuan yang diberikan pula meliputi bantuan modal tunai, peralatan, mahupun ilmu perniagaan. Turut diberi perhatian adalah bantuan pemasaran dan penjenamaan.

Selain usaha membantu golongan miskin, antara tujuan lain penerbitan program Man Jadda Wajada ini ialah ia berjaya mengangkat budaya muhibbah dikalangan semua pihak yang terlibat.

Manakan tidak, program turun padang ini turut membawa individu, syarikat dan agensi berkaitan untuk turut serta melaksanakan misi kasih sayang dan kemanusiaan ini.

Justeru itu, para penonton berpeluang untuk melihat pengacara bersama pihak penaja turun padang ke lokasi responden pada setiap episod bagi memulakan program bantuan

Tambah menarik, seorang penceramah bebas akan didatangkan khas pada setiap episod siaran untuk memberi motivasi dan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh responden terpilih.

Man Jadda Wajada musim baru ini dihoskan Hj. Muhamad Hafiz b. Muhamad Haneefa, pemegang Sarjana Pengajian al-Quran & as-Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Posted April 9th, 2015 In Media Release 2015

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2024 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup