AHB Declares 2.50 Sen Final Income Distribution For The Six-Month Period Ended 30 September 2025 (BM Version Available)


AHB MAINTAINS STABLE DIVIDEND WITH
5.00 SEN PER UNIT INCOME DISTRIBUTION FOR FY2025

SHAH ALAM, 9 October 2025:

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), together with its fund manager, PHB Asset Management Berhad (PHBAM), today announced a final income distribution of 2.10 sen per unit for Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) for the six-month period ended 30 September 2025. In addition, as the fund’s sponsor, PHB has declared a bonus distribution of 0.40 sen per unit, bringing the total income distribution for the period to 2.50 sen per unit. The bonus distribution will be applied to the first 1,000,000 units held by each unitholder. 

Including the interim income distribution of 2.50 sen per unit declared in April 2025, AHB’s total
income distribution for the financial year 2025 (FY2025) amounts to 5.00 sen per unit. In this final round, RM118.7 million will be distributed, bringing the total annual payout to RM235
million
, benefitting over 82,000 unitholders. As the income distribution is net of tax and zakat,
unitholders will receive the full amount without the need for further deductions or obligations.

Group Managing Director/Chief Executive Officer of PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, said,
“As AHB’s sponsor, PHB’s focus is to maintain a strong, well-balanced real estate portfolio that
delivers sustainable returns while managing risk in line with our strategic asset allocation. Over
the next three to five years, we plan to grow our presence in high-growth sectors and markets
such as Kedah, Johor, Terengganu, Sabah, and Sarawak through a disciplined portfolio
management approach.

“Our strategy emphasizes acquiring high-quality, well-located assets and enhancing existing
properties with upgrades and Environmental, Social and Governance (ESG) improvements to
keep them relevant and competitive. This approach has enabled AHB to consistently deliver
attractive returns to unitholders, outperforming its benchmark.”

Chief Executive Officer of PHBAM, Zulkifli Ishak, added, “We are focused on enhancing the
unitholder experience and expanding access to AHB. In June this year, we introduced the MyAHB
Portal, released 300 million AHB units, and appointed Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
as a new distribution partner. These initiatives have significantly widened accessibility and
positioned us to achieve a 15 percent increase in new unitholders by year-end.”

The income distribution will be paid in cash or in AHB units (for unitholders below 10,000 units
only) and will be credited directly to the unitholders’ registered bank accounts or AHB accounts
on 14 October 2025.

Bumiputera investors who wish to subscribe to AHB may do so at a fixed price of RM1.00 per
unit, with a minimum investment of RM100 and a maximum of RM1 million. Subscriptions are
available through the respective branches of authorised distributors nationwide, namely PHBAM
through www.myahb.my; Malayan Banking Berhad (Maybank); AmBank Berhad; AmBank Islamic
Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad; and Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Since its
inception in 2010, AHB has distributed a cumulative income of RM2.43 billion to its Bumiputera
unitholders.




AHB KEKAL STABIL DENGAN AGIHAN PENDAPATAN 5.00 SEN SEUNIT
BAGI TAHUN KEWANGAN 2025

SHAH ALAM, 9 Oktober 2025: 

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), bersama pengurus dana
PHB Asset Management Berhad (PHBAM), hari ini mengumumkan agihan pendapatan akhir
sebanyak 2.10 sen seunit bagi dana patuh syariah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk
tempoh enam bulan berakhir 30 September 2025.

Selain itu, penaja dana, PHB turut mengisytiharkan agihan bonus 0.40 sen seunit, menjadikan
jumlah keseluruhan agihan pendapatan akhir sebanyak 2.50 sen seunit. Agihan bonus ini terhad kepada 1 juta unit pertama bagi setiap pemegang unit.

Dengan mengambil kira agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit yang diumumkan
pada April lalu, jumlah keseluruhan agihan pendapatan AHB bagi tahun kewangan 2025 adalah
5.00 sen seunit.

Bagi enam bulan berakhir 30 September 2025, sebanyak RM118.7 juta diagihkan, menjadikan
jumlah keseluruhan bayaran agihan tahun ini sebanyak RM235 juta yang memberi manfaat
kepada lebih 82,000 pemegang unit. Agihan pendapatan ini dikecualikan cukai dan telah
dizakatkan
, sekali gus membolehkan pemegang unit menerima agihan bersih tanpa perlu
menolak zakat atau kewajipan lain.

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit
berkata, “Sebagai penaja AHB, PHB mengekalkan portfolio hartanah yang kukuh dan seimbang
untuk memberi pulangan mampan serta mengurus risiko pasaran hartanah selaras dengan
penetapan aset strategik kami. Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, kami
mensasarkan dedahan meluas di sektor berpotensi tinggi termasuk Kedah, Johor, Terengganu,
Sabah dan Sarawak menerusi pendekatan pengurusan portfolio berdisiplin.

“Strategi kami memberi tumpuan kepada pemerolehan aset berkualiti di lokasi strategik serta
penambahbaikan hartanah sedia ada dengan mengutamakan aspek alam sekitar, sosial dan
tadbir urus (ESG). Langkah ini membolehkan AHB terus memberi pulangan stabil dan konsisten
kepada pemegang unit, melebihi penanda arasnya.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak berkata, “Kami komited
meningkatkan pengalaman pemegang unit dan memperluas capaian kepada AHB. Pada Jun lalu,
kami melancarkan MyAHB Portal, membuka 300 juta unit AHB serta melantik Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia sebagai pengedar sah baharu. Usaha ini berjaya memperluas akses pelaburan
dan menyumbang kepada peningkatan 15 peratus pemegang unit baharu menjelang akhir tahun.”

Agihan pendapatan akan dibayar secara tunai atau dalam bentuk unit AHB (bagi pemegang unit
yang memiliki kurang daripada 10,000 unit) dan dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar atau
akaun AHB masing-masing pada 14 Oktober 2025.

Pelabur Bumiputera yang berminat melanggani AHB boleh berbuat demikian pada harga tetap
RM1.00 seunit dengan pelaburan minimum RM100 dan maksimum RM1 juta. Langganan boleh
dibuat melalui pengedar sah iaitu PHBAM di www.myahb.my, Malayan Banking Berhad
(Maybank), AmBank Berhad, AmBank Islamic Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad serta Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Sejak diperkenalkan pada 2010, AHB telah mengagihkan
pendapatan kumulatif berjumlah RM2.43 bilion kepada pemegang unit Bumiputera.







Posted 9 October 2025, in Press Release

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2