SHAH ALAM, 9 APRIL 2026 – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) and PHB Asset Management Berhad (PHBAM) today announced an interim income distribution of 2.50 sen per unit for Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), its Shariah-compliant unit trust, for the six-month period ended 31 March 2026.
This distribution comprises an income distribution of 2.06 sen per unit and a bonus distribution of 0.44 sen per unit, with the bonus funded by PHB as sponsor and payable on the first 1,000,000 units held by each unitholder. A total of RM118.74 million will be distributed to approximately 87,000 unitholders, bringing AHB’s cumulative income distribution since inception in 2010 to RM2.5 billion.
The income distribution will be paid in unit for the investors holding less than 10,000 units. For the unitholders holding 10,000 units and above, the income distribution will be paid via cash and will be credited directly into unitholders’ bank accounts on 13 April 2026. The distribution is net of tax and zakat, and unitholders will receive the full amount without the need for further deductions or obligations.
Established in 2010, AHB provides Bumiputera investors with access to ownership in prime commercial real estate assets. With a minimum initial investment of RM100, the fund enables Bumiputera participation in the real estate sector while aiming to deliver stable income distribution and capital preservation over the long term.
PHB Group Managing Director, Mazuki Abdullah @ Muhammad said, "This income distribution underscores the resilience of AHB’s portfolio and PHB’s disciplined approach in navigating a dynamic market environment. Backed by a diversified portfolio of prime commercial assets, we remain focused on delivering sustainable and competitive returns to our unitholders.
In an environment shaped by evolving economic conditions and market volatility, AHB continues to demonstrate its strength as a Shariah-compliant real estate investment unit trust fund that provides competitive value to Bumiputera investors. This reflects not only the underlying quality of our assets, but also the effectiveness of our active asset management and long-term investment strategy.
As we move forward, PHB will continue to strengthen its portfolio through strategic asset allocation strategy, prudent capital management, as well as disciplined acquisitions and divestment, ensuring AHB remains well-positioned to deliver sustainable income distribution while supporting the broader national agenda of wealth creation for Bumiputera investors.”
PHBAM Chief Executive Officer, Zulkifli Ishak, said “As AHB fund manager, we will continue to focus on financial literacy initiatives and awareness programmes to underscore the importance of sound financial planning, while widening accessibility to AHB among the Bumiputera community. These efforts will be complemented by a more aggressive marketing strategy to broaden outreach and encourage sustained participation,” he added.
Unitholders may check their income distribution from 13 April 2026 onwards via AHB’s authorised distributors, namely PHBAM through www.myahb.my, Malayan Banking Berhad (Maybank), AmBank Berhad, AmBank Islamic Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad and Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. For further enquiries, please contact PHBAM’s Client Services at 03-7734 0555 or visit www.phbam.com.my.
AHB Isytihar Agihan Pendapatan Interim 2.50 Sen Seunit
SHAH ALAM, 9 APRIL 2026 – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan PHB Asset Management Berhad (PHBAM) hari ini mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), dana amanah unit patuh Syariah, bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2026.
Agihan itu merangkumi agihan pendapatan 2.06 sen seunit dan agihan bonus 0.44 sen seunit, dengan bonus berkenaan ditanggung PHB selaku penaja serta dibayar bagi pegangan 1,000,000 unit pertama setiap pemegang unit. Sejumlah RM118.74 juta akan diagihkan kepada kira-kira 87,000 pemegang unit, menjadikan jumlah terkumpul agihan pendapatan AHB sejak ditubuhkan pada 2010 sebanyak RM2.5 bilion.
Agihan pendapatan akan dibayar dalam bentuk unit kepada pelabur yang memegang kurang daripada 10,000 unit. Bagi pemegang unit yang memiliki 10,000 unit dan ke atas, agihan akan dibayar secara tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing pada 13 April 2026.
Agihan itu adalah bersih selepas cukai dan zakat, sekali gus membolehkan pemegang unit menerima agihan bersih tanpa perlu menolak zakat atau kewajipan lain.
Ditubuhkan pada 2010, AHB menyediakan akses kepada pelabur Bumiputera untuk memiliki aset hartanah komersial utama. Dengan pelaburan permulaan minimum RM100, dana itu membolehkan penyertaan Bumiputera dalam sektor hartanah sambil menyasarkan agihan pendapatan yang stabil serta pemeliharaan modal bagi tempoh jangka panjang.
Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Mazuki Abdullah @ Muhammad, berkata agihan pendapatan itu mencerminkan daya tahan portfolio AHB serta pendekatan berdisiplin PHB dalam mendepani keadaan pasaran yang dinamik. Beliau berkata portfolio aset komersial utama yang pelbagai terus menjadi asas kepada usaha PHB untuk mengekalkan pulangan mampan dan berdaya saing kepada pemegang unit.
“Dalam persekitaran yang dipengaruhi perubahan ekonomi serta ketidaktentuan pasaran, AHB terus membuktikan kekukuhannya sebagai dana amanah unit pelaburan hartanah patuh Syariah yang menawarkan nilai berdaya saing kepada pelabur Bumiputera.
“Ini mencerminkan bukan sahaja kualiti aset kami, malah keberkesanan pengurusan aset secara aktif serta strategi pelaburan jangka panjang.
“PHB akan terus memperkukuh portfolio menerusi strategi agihan aset yang tersusun, pengurusan modal berhemat serta pemerolehan dan pelupusan aset secara berdisiplin bagi memastikan AHB kekal berada pada kedudukan baik untuk memberikan pulangan agihan pendapatan mampan, di samping menyokong agenda nasional penciptaan kekayaan Bumiputera,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak, berkata selaku pengurus dana AHB, pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada inisiatif celik kewangan dan program kesedaran bagi menekankan kepentingan perancangan kewangan yang kukuh, selain memperluas akses kepada komuniti Bumiputera.
Beliau berkata usaha itu akan disokong strategi pemasaran yang lebih agresif bagi memperluas jangkauan dan menggalakkan penyertaan berterusan.
Pemegang unit boleh menyemak agihan pendapatan masing-masing mulai 13 April 2026 menerusi pengedar sah AHB iaitu PHBAM melalui www.myahb.my, selain Malayan Banking Berhad (Maybank), AmBank Berhad, AmBank Islamic Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Khidmat Pelanggan PHBAM di talian 03-7734 0555 atau melayari www.phbam.com.my