AHB Declares 2.50 Sen Interim Income Distribution For The Six-Month Period Ended 31 March 2025 (BM Version Available)

SHAH ALAM, 8 APRIL 2025:

Pelaburan Hartanah Berhad’s (PHB) and PHB Asset Management Berhad (PHBAM) announced an interim income distribution of 2.50 sen per unit for its shariah-compliant unit trust, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), for the six-month period ended 31 March 2025.

This distribution consists of a basic income distribution of 2.05 sen and an additional bonus
distribution of 0.45 sen per unit. The bonus is funded by PHB as the sponsor of AHB and is
payable to the first 1,000,000 units held by each unitholder.

A total of RM116.3 million will be distributed to approximately 82,000 unitholders, bringing
AHB’s cumulative income distribution since the inception in 2010 to RM2.31 billion. The income distribution will be paid in cash or in AHB units (for unitholders below 10,000 units only) and to be credited directly to the unitholders’ bank accounts or AHB accounts respectively on 14 April 2025.

Income distributions received by unitholders are net of zakat and exempt from tax, as PHB and AHB have made provisions for the total zakat amount, which will be remitted to the zakat authorities accordingly. Through this zakat payment, AHB unitholders are indirectly contributing to the welfare of the asnaf groups.

Established in 2010, AHB provides Bumiputera investors with the opportunity to participate in the ownership of prime commercial real estate. With a minimum initial investment of RM100, the fund offers retail investors the opportunity to invest in the real estate sector while aiming to deliver a stable and consistent income stream with capital preservation.

PHB Group Managing Director/Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit said, “This income distribution reflects PHB's solid financial and its strength as the sponsor of AHB. It is also a reflection of our continued commitment to deliver sustainable returns and long-term value to our unit holders. We will continue to strengthen our property portfolio and investment strategies to ensure stable and consistent returns.”

Recently, PHB Group announced its strongest financial performance to date, achieving a net profit of RM117.2 million for the financial year 2024 (FY2024), more than triple the RM31.7 million recorded in the previous year. This growth was driven by a recovery in the retail sector, strong property-related income from enhanced asset management strategies, and contributions from newly completed PHB assets.

Mohamad Damshal added, “This strong financial performance reinforces our commitment to enhancing investor confidence in AHB as a key instrument for savings and investment. It aligns closely with PHB’s mandate to promote Bumiputera economic participation while delivering sustainable financial returns.”

PHBAM Chief Executive Officer, Zulkifli Ishak stated, “The focus in 2025 will be on expanding access to AHB, particularly to new retail investors. AHB will be opening new units soon to encourage greater Bumiputera retail participation, especially among younger generation looking to build long-term savings through property investment”

Unitholders may check their income distribution amounts in their bank accounts or AHB accounts from 14 April 2025 onwards through AHB’s authorized distributors – Maybank, Ambank, Ambank Islamic, and Bank Islam. For further inquiries regarding AHB, please contact PHBAM’s Client Services at 03-7734 0555 or visit www.phbam.com.my




AHB UMUM AGIHAN PENDAPATAN INTERIM 2.50 SEN SEUNIT BAGI TEMPOH
ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2025

SHAH ALAM, 8 APRIL 2025: 

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan PHB Asset Management Berhad (PHBAM) hari ini mengumumkan agihan pendapatan interim untuk dana unit amanah patuh syariahnya iaitu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2025.

Agihan ini terdiri daripada bayaran pendapatan asas sebanyak 2.05 sen seunit dan bonus tambahan sebanyak 0.45 sen seunit. Bayaran bonus tersebut dibiayai oleh PHB selaku penaja AHB dan akan dibayar kepada 1,000,000 unit pertama yang dimiliki oleh setiap pemegang unit.

Sebanyak RM116.3 juta akan diagihkan kepada kira-kira 82,000 pemegang unit, menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan AHB sejak dilancarkan pada tahun 2010 kini mencecah RM2.31 bilion.

Agihan pendapatan ini akan dibayar sama ada dalam bentuk tunai atau unit AHB (bagi pemegang unit kurang daripada 10,000 unit sahaja) dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank atau akaun AHB pemegang unit masing-masing pada 14 April 2025.

Agihan pendapatan yang diterima oleh pemegang unit telah ditolak zakat dan dikecualikan daripada cukai, hasil daripada pembayaran zakat yang telah dibuat oleh PHB dan AHB kepada pihak berkuasa zakat. Melalui pembayaran ini, pemegang unit AHB secara tidak langsung menyumbang kepada kebajikan golongan asnaf.

Ditubuhkan pada tahun 2010, AHB memberikan peluang kepada pelabur Bumiputera untuk menyertai pemilikan hartanah komersial utama di lokasi strategik di Malaysia. Dengan pelaburan permulaan serendah RM100, dana ini menawarkan peluang kepada pelabur runcit untuk menceburi sektor hartanah sambil menjana aliran pendapatan tetap dan stabil di samping mengekalkan nilai modal pelaburan.

Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit berkata, “Agihan pendapatan ini mencerminkan kekuatan kewangan PHB sebagai penaja AHB. Ia juga memperlihatkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan pulangan mampan dan nilai jangka panjang kepada para pemegang unit. Kami akan terus memperkukuh portfolio hartanah dan strategi pelaburan bagi memastikan pulangan yang stabil dan konsisten.”

Baru-baru ini, Kumpulan PHB melaporkan prestasi kewangan yang cemerlang dengan keuntungan bersih sebanyak RM117.2 juta bagi tahun kewangan 2024, meningkat lebih tiga kali ganda berbanding RM31.7 juta pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini didorong oleh pemulihan sektor runcit, peningkatan hasil berkaitan hartanah menerusi strategi pengurusan aset yang dipertingkat serta sumbangan daripada aset PHB yang baru disiapkan.

Tambah Mohamad Damshal, “Prestasi kewangan yang kukuh ini membantu kami meningkatkan keyakinan pelabur terhadap AHB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan utama. Ia sejajar dengan mandat PHB untuk memperkasakan penyertaan ekonomi Bumiputera sambil menjana pulangan kewangan yang mampan.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak berkata, “Tahun ini, keutamaan kami adalah untuk mengembangkan dana AHB dengan memberi akses yang lebih luas terutama kepada pelabur baharu. AHB akan membuka unit baharu tidak lama lagi bagi menggalakkan lebih banyak Bumiputera khususnya golongan muda untuk menyertai pelaburan hartanah melalui AHB sebagai langkah membina simpanan jangka panjang.”

Pemegang unit boleh menyemak jumlah agihan pendapatan di akaun bank atau akaun AHB masing-masing bermula 14 April 2025 menerusi pengedar sah AHB iaitu Maybank, Ambank, Ambank Islamic dan Bank Islam. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai AHB, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan PHBAM di talian 03-7734 0555 atau layari laman sesawang www.phbam.com.my.







Posted 05 November 2024 in Media Release 2024

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2