AHB Declares Income Distribution of 5.00 sen for the full year 2024 (BM Version available)

SHAH ALAM, 09 OCTOBER 2024: 

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) and PHB Asset Management Berhad (PHBAM) announced the final income distribution of 2.50 sen per unit for Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) for the six-month period ended 30 September 2024.

This amount comprises an income distribution of 2.25 sen per unit and additional bonus of 0.25 sen per unit. The bonus is payable to the first 1,000,000 units held by each unitholder and is funded by PHB as sponsor.
 
In April 2024, PHB and Maybank Asset Management Berhad the previous manager for AHB, declared an interim income distribution of 2.20 sen per unit, with a bonus distribution of 0.30 sen per unit for the six-month period ended 31 March 2024. This brings the total income distribution to 5.00 sen per unit or 5.00% per annum, amounting to approximately RM232 million for the 12-month period ended 30 September 2024.

AHB will distribute a total of RM121 million to its 83,000 unitholders in this round. The income distributed is tax-free and net of zakat, with cash payment to be credited directly to the unitholders’ bank account on 14 October 2024.

Group Managing Director and Chief Executive Officer of PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, shared his optimism about PHBAM new role as the fund manager of AHB effective 1 July 2024.

“The transition to PHBAM as the fund manager facilitates the alignment of its fund management expertise directly with PHB’s vision as the sponsor. This has resulted in synergies to create a more streamlined and cohesive approach in managing the AHB fund. We are also able to enhance service delivery to our unitholders and are working on broadening our reach to enable greater participation by Bumiputera investors. Additionally, this transition allows us to deepen our commitment to advancing the economic progress of the Bumiputera community, while also exploring sustainable practices that support both financial growth and long-term environmental and social well-being,” he said.
 
PHBAM Chief Executive Officer, Zulkifli Ishak, remarked, "The integration of AHB into PHBAM represents a key milestone in our journey to deliver Shariah-compliant investment solutions that not only achieve strong financial returns but also resonate with the values of our investors. We are actively exploring opportunities with potential partners to develop innovative products that incorporate features such as waqf and legacy planning that aim to safeguard the interests of our Bumiputera unitholders. These offerings will be designed to go beyond mere financial growth, enabling our clients to create lasting wealth that will benefit their families and the broader community for generations to come."

Bumiputera investors can subscribe to AHB at a fixed price of RM1.00 per unit through authorized distributors nationwide. AHB is backed by tenanted, prime commercial properties, generating a consistent stream of rental income. The fund was established to give Bumiputera investors the opportunity to indirectly own high-quality properties, while enjoying regular and stable income. With a minimum investment of RM100 and a maximum limit of RM1 million, investors can subscribe to AHB at branches of Maybank, AmBank, AmBank Islamic, and Bank Islam across Malaysia.



AHB UMUM AGIHAN PENDAPATAN 5.00 SEN BAGI TAHUN 2024 

SHAH ALAM, 09 OKTOBER 2024:


Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan PHB Asset Management Berhad (PHBAM) hari ini mengumumkan agihan pendapatan akhir dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2024.
 
Jumlah ini hasil daripada pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.25 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah bonus yang diberikan ini sumbangan daripada PHB, penaja dana AHB dan pengagihan terhad kepada 1,000,000 unit pertama untuk setiap pemegang unit.
 
Pada April 2024, PHB dan Maybank Asset Management Berhad (MAM) yang merupakan pengurus aset AHB ketika itu mengumumkan pengagihan pendapatan interim sebanyak 2.20 sen seunit dan bonus pengagihan bernilai 0.30 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2024. Ini membawa agihan keseluruhan bernilai 5.00 sen bersamaan 5.00% setahun dengan nilai keseluruhan agihan pembayaran bernilai RM232 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 September 2024.
 
AHB akan mengagihkan sejumlah RM121 juta kepada kira-kira 83,000 pemegang unit bagi pengagihan pendapatan kali ini. Pendapatan pemegang unit tidak hanya dikecualikan daripada cukai, tetapi ia juga telah dizakatkan. Bagi tempoh ini, pendapatan dana akan diagihkan dalam bentuk wang tunai di mana wang tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank pemegang unit pada 14 Oktober 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, menyatakan keyakinannya mengenai tanggungjawab baharu PHB Asset Management Berhad (PHBAM) sebagai pengurus dana baharu AHB berkuat kuasa 1 Julai 2024.

“Peralihan ke PHBAM sebagai pengurus dana memudahkan penyelarasan pengurusan dana selaras dengan visi PHB sebagai penaja. Peralihan ini menghasilkan sinergi untuk mewujudkan pendekatan yang lebih teratur dan bersepadu dalam menguruskan dana AHB. Kami juga dapat meningkatkan perkhidmatan kepada pemegang unit serta memperluaskan capaian kami bagi membolehkan lebih ramai pelabur Bumiputera mengambil bahagian. Peralihan ini membolehkan kami memperkukuh komitmen untuk perkasa ekonomi Bumiputera, sambil meneroka amalan lestari yang menyokong pertumbuhan kewangan dan kesejahteraan alam sekitar serta jangka panjang sosial,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak berkata, “Integrasi AHB ke dalam PHBAM adalah pencapaian penting dalam misi kami untuk menyediakan penyelesaian pelaburan patuh Syariah. Kami kini aktif menerokai peluang dengan beberapa rakan strategik untuk memperkenalkan produk wakaf dan perancangan legasi yang inovatif untuk melindungi kepentingan pemegang unit Bumiputera kami. Penyelesaian kewangan ini direka bukan sekadar untuk pertumbuhan kewangan malah untuk memberi impak yang berpanjangan kepada pelanggan kami yang akan manfaatkan keluarga dan komuniti yang lebih luas untuk generasi akan datang,” katanya.

AHB boleh dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 setiap unit di semua pengedar sah di seluruh Malaysia. AHB disokong oleh hartanah komersial utama yang telah disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewaan yang stabil. Ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk menyertai pemilikan hartanah komersial utama melalui pemegangan unit dalam AHB dengan pendapatan yang tetap dan konsisten. Dengan pelaburan minimum sebanyak RM100 dan maksimum RM1 juta, langganan boleh dibuat di cawangan Maybank, AmBank, AmBank Islamik dan Bank Islam di seluruh negara.



Posted October 09, 2024 In Media Release 2024

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2