AHB Maintains Dividend with 5.00 Sen Per Unit Income Distribution for FY2026 (BM Version Available)
SHAH ALAM, 1 OCTOBER 2026: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), together with its fund manager, PHB Asset Management Berhad (PHBAM), today announced a final income distribution of 2.10 sen per unit for Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) for the six-month period ended 30 September 2026. In addition, as the fund’s sponsor, PHB has declared a bonus distribution of 0.40 sen per unit, bringing the total income distribution for the period to 2.50 sen per unit. The bonus distribution will be applied to the first 1,000,000 units held by each unitholder.

Including the interim income distribution of 2.50 sen per unit declared in April 2026, AHB’s total income distribution for the financial year ended 30 September 2026 (FY2026) amounts to 5.00 sen per unit. In this final round, RM120.13 million will be distributed, bringing the total annual payout to RM236.41 million, benefitting over 82,000 unitholders.

As the income distribution is net of tax and zakat, unitholders will receive the full amount without the need for further deductions or obligations.

PHB Group Managing Director, Mazuki Abdullah @ Muhammad, said the full-year income distribution reflects AHB’s continued resilience and the strength of its underlying property portfolio, supported by PHB’s disciplined approach to asset and investment management.

“AHB’s performance this year reaffirms our commitment to deliver competitive returns to our unitholders. At the same time, we remain focused on strengthening AHB as an investment avenue for Bumiputera investors through prudent capital management, active portfolio optimisation and strategic growth.

“The recent announcement of an additional 400 million AHB units further underscores our commitment to expanding opportunities for more Bumiputera investors to participate in prime commercial real estate. We believe that AHB can continue to play an important role in supporting long-term Bumiputera wealth creation while delivering sustainable value to our unitholders,” he added.

Mazuki added that this commitment is aligned with the aspirations of the Bumiputera Economic Transformation Plan 2035 (PuTERA35), which aims to strengthen Bumiputera economic participation, ownership and wealth creation

Meanwhile, Chief Executive Officer of PHBAM, Zulkifli Ishak, said PHBAM remains focused on managing AHB responsibly while ensuring the fund continues to serve as an accessible investment option for Bumiputera investors.

The income distribution will be paid in the form of AHB units and credited directly to unitholders’ AHB accounts by 13 October 2026. The distribution will be automatically reinvested, allowing unitholders to increase their unit holdings and potentially benefit from the long-term compounding effect. This automatic reinvestment also offers greater convenience, as the additional units will be credited directly to their accounts without the need to submit a separate application.

Bumiputera investors who wish to subscribe to AHB may do so at a fixed price of RM1.00 per unit, with a minimum investment of RM100 and a maximum of RM1 million. Subscriptions are available through the respective branches of authorised distributors nationwide, namely Malayan Banking Berhad (Maybank); AmBank Berhad; AmBank Islamic Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad; and Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Since its inception in 2010, AHB has distributed a cumulative total of RM2.7 billion in income distribution to its Bumiputera unitholders.

                                                                                     


AHB KEKALKAN AGIHAN PENDAPATAN 5.00 SEN SEUNIT BAGI TAHUN KEWANGAN 2026

SHAH ALAM, 1 Oktober 2026: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) bersama pengurus dananya, PHB Asset Management Berhad (PHBAM), hari ini mengumumkan agihan pendapatan akhir Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.10 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2026.

Selain itu, PHB selaku penaja dana mengisytiharkan edaran bonus sebanyak 0.40 sen seunit, menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan bagi tempoh tersebut sebanyak 2.50 sen seunit. Edaran bonus itu akan diberikan kepada pegangan sehingga 1,000,000 unit pertama bagi setiap pemegang unit.

Mengambil kira agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit yang telah diumumkan pada April 2026, jumlah keseluruhan agihan pendapatan AHB bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026 (TK2026) adalah 5.00 sen seunit.

Bagi agihan akhir ini, sejumlah RM120.13 juta akan diagihkan kepada pemegang unit, menjadikan jumlah keseluruhan agihan tahunan sebanyak RM236.41 juta, yang memberi manfaat kepada lebih 82,000 pemegang unit.

Agihan pendapatan tersebut adalah bersih selepas cukai dan zakat, pemegang unit akan menerima jumlah penuh tanpa sebarang potongan atau tanggungan tambahan.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Mazuki Abdullah @ Muhammad, berkata agihan pendapatan bagi TK2026 mencerminkan ketahanan berterusan AHB serta kekuatan portfolio hartanahnya, yang disokong oleh pendekatan pengurusan aset dan pelaburan yang berdisiplin oleh PHB.

“Prestasi AHB pada tahun ini membuktikan komitmen kami untuk terus memberikan pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit. Pada masa sama, kami kekal memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kedudukan AHB sebagai instrumen pelaburan pilihan pelabur Bumiputera menerusi pengurusan modal yang berhemat, strategi pelaburan yang dinamik serta pengoptimuman portfolio yang berterusan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan penciptaan nilai jangka panjang.

“Pengumuman penawaran tambahan sebanyak 400 juta unit AHB baru-baru ini turut mencerminkan usaha kami dalam memperluas peluang kepada lebih ramai pelabur Bumiputera untuk mengambil bahagian dalam pelaburan hartanah komersial utama. Kami percaya AHB akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong pembentukan kekayaan jangka panjang Bumiputera, di samping menjana nilai yang mampan kepada para pemegang unit,” katanya.

Mazuki berkata komitmen tersebut juga selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang bertujuan memperkukuh penyertaan ekonomi, pemilikan dan pembentukan kekayaan Bumiputera.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak, berkata PHBAM kekal komited menguruskan AHB secara bertanggungjawab bagi memastikan dana tersebut terus menjadi pilihan pelaburan yang mudah diakses oleh pelabur Bumiputera.

Agihan pendapatan itu akan dibayar dalam bentuk unit AHB dan dikreditkan terus ke dalam akaun AHB pemegang unit selewat-lewatnya pada 13 Oktober 2026.

Agihan tersebut akan dilaburkan semula secara automatik, membolehkan pemegang unit meningkatkan pegangan pelaburan mereka serta berpotensi menikmati manfaat pertumbuhan jangka panjang melalui faedah pengkompaunan. Kaedah ini juga menawarkan kemudahan kepada pemegang unit kerana unit tambahan akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka tanpa perlu membuat permohonan berasingan.

Pelabur Bumiputera yang ingin melanggan AHB boleh berbuat demikian pada harga tetap RM1.00 seunit, dengan pelaburan minimum RM100 dan maksimum sehingga RM1 juta.

Langganan boleh dibuat di cawangan pengedar sah AHB di seluruh negara iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank), AmBank Berhad, AmBank Islamic Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, AHB telah mengagihkan sejumlah RM2.7 bilion agihan pendapatan kepada pemegang unit Bumiputera.

Posted on 1 October 2026

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2026 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2