Carrier Announces Strategic Partnership With PHB To Enhance Energy Efficiency And Operational Optimization (BM Version Available)

SHAH ALAM, 5 NOVEMBER 2024:

Carrier Malaysia Sdn Bhd (Carrier) and Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) are pleased to announce a strategic partnership formalized through a Memorandum of Understanding (MoU) aimed at advancing energy efficiency and emission reduction efforts across PHB's real estate portfolio.

As a part of this strategic partnership, PHB has appointed Carrier as its primary supplier and service provider for heating, ventilation, and air conditioning solutions (HVAC) at its properties on an expanded scale.

"As one of the global leaders in intelligent climate and energy solutions, we are thrilled to partner with PHB to achieve excellence across its portfolio of prime commercial properties. This partnership allows us to support PHB in reducing energy consumption and operational costs while enhancing the comfort and well-being of building occupants," said Managing Director of Carrier Singapore, Malaysia, and Brunei, Chong Wai Yen.

Over the next five years, Carrier plans to conduct and achieve, energy audits, retrofits, and consultations aimed at continuous improvements. The goal is to understand the necessary interventions that will enable optimization of energy use and reduction of overall operational maintenance costs.

"As a leading property investment corporation, upholding environmental responsibility is our priority. This partnership will allow us to explore new benchmarks for energy efficiency in the industry, making a positive impact on the environment and the communities we serve," said Group Managing Director/Chief Executive Officer of PHB, Mohamad Damshal Awang Damit.

Key elements of the partnership will include:
• Implementation of energy-efficient HVAC systems in new developments; and
• Retrofitting existing properties with advanced technologies to reduce energy consumption.

The collaboration leverages Carrier's expertise and innovative HVAC technologies, aiming to drive increased efficiencies across PHB's strategic national real estate portfolio. Together, the companies aim to achieve sustainability benchmarks in the built environment.




CARRIER DAN PHB UMUM KERJASAMA STRATEGIK, PERTINGKAT KECEKAPAN TENAGA DAN OPERASI
 

SHAH ALAM, 5 NOVEMBER 2024  

Carrier Malaysia Sdn Bhd (Carrier) dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan kerjasama strategik yang dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon di portfolio hartanah PHB.

Sebahagian daripada kerjasama strategik ini, PHB telah melantik Carrier sebagai pembekal utama dan penyedia perkhidmatan untuk sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) di aset PHB.

“Sebagai salah satu peneraju global dalam penyelesaian iklim dan tenaga pintar, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan PHB untuk bersama-sama mencapai kejayaan dalam hal ini. Melalui kerjasama ini juga, kami dapat membantu PHB dalam mengurangkan penggunaan tenaga dan kos operasi di samping dapat meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan bagi penghuni bangunan,” kata Pengarah Urusan Carrier Singapore, Malaysia dan Brunei, Chong Wai Yen.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, Carrier merancang untuk menjalankan audit tenaga, pengubahsuaian dan perundingan bagi mencapai penambahbaikan yang berterusan. Usaha ini dilakukan untuk mengenal pasti keperluan intervensi bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga dan mengurangkan kos penyelenggaraan operasi secara menyeluruh.

“Sebagai sebuah syarikat pelaburan hartanah utama, tanggungjawab ke atas kelestarian alam sekitar adalah keutamaan kami. Menerusi kerjasama ini, kami dapat meneroka penanda aras baharu bagi kecekapan tenaga dalam industri, sekali gus memberi kesan positif kepada alam sekitar dan komuniti,” kata Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit.

Elemen utama dalam kerjasama strategik ini termasuk:
• Pelaksanaan sistem HVAC cekap tenaga dalam pembangunan baharu; dan
• Pengubahsuaian aset sedia ada dengan teknologi terkini untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Kerjasama ini memanfaatkan kepakaran dan teknologi HVAC inovatif Carrier, dengan matlamat untuk memacu peningkatan kecekapan merentasi portfolio hartanah strategik nasional PHB. Carrier dan PHB berhasrat untuk bersama-sama mencapai penanda aras kelestarian dalam persekitaran yang dibina.







Posted 05 November 2024 in Media Release 2024

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2