KDYMM Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Mayang Mall, Tarikan Terbaharu di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 21 JUN 2025:

PHB Turut Umum Terbitan 300 Juta Unit Tambahan AHB

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu hari ini berkenan mencemar duli merasmikan Mayang Mall, sebuah pusat beli-belah moden yang merupakan pelaburan hartanah pertama di Pantai Timur oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

Berangkat sama pada majlis perasmian tersebut ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta paduka-paduka anakanda.

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, bersama Ahli Lembaga Pengarah PHB, dan dif-dif kenamaan.

Perasmian ini menandakan satu lagi pencapaian strategik bagi PHB dalam usaha memperkukuh kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam pembangunan hartanah komersial yang mampan dan bernilai tinggi di Malaysia. Menerusi pelancaran rasmi Mayang Mall, PHB tampil sebagai pemangkin atau katalis yang membuka pintu kepada pelbagai peluang di Pantai Timur sekali gus memperluas potensi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri ini.

Pengerusi PHB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, daerah Kuala Terengganu dipilih sebagai destinasi pertama pelaburan hartanah syarikat itu di Pantai Timur kerana potensi pertumbuhan ekonomi yang sangat besar di sini.

“Kita semua tahu bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kuala Terengganu telah mengalami transformasi pesat sebagai pusat pelancongan, perdagangan dan perkhidmatan.

“Kami yakin dan percaya, dengan kedudukannya yang strategik dan kemudahan infrastruktur yang semakin berkembang, Kuala Terengganu mampu menjadi hab ekonomi baharu di Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis berkenaan. Mayang Mall yang telah beroperasi sejak Disember 2024 turut menampilkan cawangan SOGO yang pertama di Pantai Timur, sekaligus menjadikan Mayang Mall sebagai destinasi beli-belah dan gaya hidup baharu untuk rakyat serta pengunjung negeri Terengganu dari dalam dan luar negara.

Pembinaan Mayang Mall bukan sahaja mencerminkan mandat sosial PHB dalam merancakkan ekonomi Bumiputera, khususnya di Terengganu malah menjadi bukti komitmen PHB terhadap pelaburan strategik di negeri ini.

Tambah YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, kehadiran Mayang Mall berupaya menjadi pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi setempat apabila ia mampu merangsang pertumbuhan sektor-sektor lain seperti peruncitan, perkhidmatan dan peluang pekerjaan.

“Mayang Mall bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang secara tidak langsung boleh dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan,” tambah beliau.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PHB sebagai penaja kepada dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk terus memperluaskan peluang pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial yang bernilai tinggi dengan harga tetap RM1 seunit, patuh syariah dan menawarkan pendapatan yang stabil serta konsisten kepada pelabur.

Sempena majlis ini, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda turut mengumumkan penambahan unit tambahan bagi dana AHB sebanyak 300 juta unit yang kini dibuka untuk langganan oleh pelabur Bumiputera di seluruh negara.

“Unit tambahan ini adalah peluang terbaik untuk Bumiputera, khususnya di Pantai Timur bagi mengembangkan pelaburan dan simpanan mereka dengan cara yang mampan dan berasaskan aset sebenar.”

Selari dengan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera, PHB komited untuk terus memperkukuh kerjasama erat bersama kerajaan negeri Terengganu bukan hanya melalui pelaburan hartanah malah dalam melaksankan mandat sosial PHB kepada masyarakat Bumiputera di negeri ini untuk menikmati pemilkan benefisial hartanah menerusi penyertaan mereka dalam AHB.

“Kami berharap agar masyarakat Terengganu dan wilayah Pantai Timur dapat merebut peluang ini untuk melabur di dalam dana AHB dan pada masa yang sama menyokong pertumbuhan Mayang Mall sebagai sebahagian daripada pembangunan ekonomi negeri ini,” jelasnya.

Bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pendaftaran dan mengetahui lebih lanjut mengenai AHB, reruai AHB dibuka di Mayang Mall bermula 19 Jun hingga 28 Jun 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai AHB, sila layari: www.phbam.com.my
 
 
 
 
HIS ROYAL HIGHNESS THE SULTAN OF TERENGGANU GRACIOUSLY OFFICIATES MAYANG MALL, THE LATEST ATTRACTION IN KUALA TERENGGANU

PHB also announces 300 million available AHB units for sale

KUALA TERENGGANU, 21 June 2025 – His Royal Highness, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan of Terengganu, , today graciously officiated the opening of Mayang Mall, a modern shopping centre and the first real estate investment by Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) in the East Coast region.

Also in attendance were Her Royal Highness Sultanah Nur Zahirah, Sultanah of Terengganu, and His Highness, Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, the Crown Prince of Terengganu.

The ceremony was further graced by the Chief Minister of Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ir. Ahmad Samsuri Mokhtar, members of PHB’s Board of Directors and other distinguished guests.

This official launch marks a strategic milestone for PHB in its mission to strengthen its position as a leading developer of sustainable and high-value commercial properties in Malaysia. With the opening of Mayang Mall, PHB aims to act as a catalyst for unlocking vast economic opportunities in the East Coast, thereby boosting the region’s economic growth and development potential.

PHB Chairman, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, said Kuala Terengganu was chosen as PHB’s first East Coast investment destination due to its significant economic growth potential.

“Over the past few years, Kuala Terengganu has undergone rapid transformation into a hub for tourism, trade, and services. We are confident that with its strategic location and expanding infrastructure, Kuala Terengganu is well-positioned to become a new economic centre in the East Coast,” he said in his welcome address.

Mayang Mall, which began operations in December 2024, also houses the first SOGO outlet in the East Coast, positioning the mall as a new shopping and lifestyle destination for locals and visitors alike.

The development of Mayang Mall reflects PHB’s social mandate to increase Bumiputera participation in the economy while demonstrating the company’s ongoing commitment to strategic investments in the state.

YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad added that the mall is poised to become a key driver of the local economy by stimulating growth in sectors such as retail, services, and employment.

“Mayang Mall will create job opportunities that will benefit the local community both directly and indirectly,” he added.

This initiative is part of PHB’s continuous efforts as the sponsor of Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) to expand Bumiputera ownership in high-value commercial real estate through a Shariah-compliant investment fund, priced at RM1 per unit and offering stable as well as consistent returns to investors.

In conjunction with this event, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda also announced 300 million available AHB units, now open for subscription by Bumiputera investors nationwide.

“The 300 million units present an excellent opportunity for Bumiputeras, especially in the East Coast, to grow their investments and savings in a sustainable, asset-backed manner.”

In line with the state’s slogan “Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera” (Progressive, Blessed and Prosperous Terengganu), PHB remains committed to working with the Terengganu state government, not just through property investments, but also by fulfilling its social mandate to enable more Bumiputera communities to benefit from property ownership through participation in AHB.

“We hope that the people of Terengganu and the East Coast region will seize this opportunity to invest in AHB, while also supporting the growth of Mayang Mall as part of the state's economic development,” he said.

To encourage public participation, a promotional booth has been set up at Mayang Mall from 19 to 28 June 2025 to provide information and facilitate AHB registration.

For more information about AHB, please visit: www.phbam.com.my

Posted 21 June 2025 in Media Release 2025

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2