Membuka Peluang: Pelaburan Hartanah Berhad Menyampaikan Unit AHB Percuma Bagi Meningkatkan Literasi Kewangan di Kalangan Pelajar Universiti

Shah Alam, 15 Jun 2023 - Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), sebagai penaja Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), mengorak langkah di dalam penglibatan bersama belia dengan menyampaikan unit AHB bernilai RM20,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS). Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada 200 pelajar Bumiputera UMS yang layak, dengan setiap pelajar menerima 100 unit AHB secara percuma. Objektif inisiatif ini adalah untuk memupuk literasi kewangan dan menggalakkan pelajar memulakan pelaburan demi kemakmuran masa depan mereka.

Majlis penyampaian unit AHB telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah yang merupakan sebahagian daripada program Minggu Pelaburan 2023 anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan. Skim amanah saham AHB, yang ditawarkan oleh PHB, menunjukkan dedikasi syarikat dalam menyokong institusi pendidikan dan menggalakkan celik kewangan di kalangan golongan muda. Profesor Datuk Dr Hj. Kasim Mansor, Naib Canselor UMS, merakamkan penghargaan di atas sumbangan PHB dan percaya inisiatif sebegini dapat membantu pelajar UMS dalam memupuk sikap positif terhadap aktiviti pelaburan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang baik di masa hadapan.

Terdahulu, Tuan Haji Mohamad Damshal Bin Awang Damit, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif PHB dan Profesor Adjung di UMS telah menyampaikan syarahan perdana kepada pelajar UMS. Syarahan yang bertajuk "Menilai Pasaran Hartanah Tempatan dan Global: Penilaian Semasa dan Trend Masa Depan" menawarkan pandangan berharga tentang dunia dinamik pasaran hartanah, di peringkat tempatan dan global. Kerjasama antara PHB dan UMS menandakan komitmen yang tidak berbelah bahagi syarikat untuk memupuk generasi akan datang selaku individu yang mempunyai kuasa kewangan. Dengan menyediakan akses kepada pelaburan unit amanah serta pandangan menyeluruh daripada pakar, PHB berhasrat untuk meletakkan asas yang kukuh kepada budaya tanggungjawab kewangan dan penciptaan kekayaan jangka masa panjang.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohamad Damshal Awang Damit, menyampaikan syarahan perdana kepada pelajar UMS yang bertajuk "Menilai Pasaran Hartanah Tempatan dan Global: Penilaian Semasa dan Trend Masa Depan" menawarkan pandangan berharga tentang dunia dinamik pasaran hartanah, di peringkat tempatan dan global.

Posted June 15th, 2023 In Media Release 2023
Siaran Media
Untuk Siaran Segera

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2024 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup