PHB Achieves Record RM117.2 Million Profit in FY2024, Poised for Sustained Growth (BM Version Available)

Key Highlights:

  • Net Profit surged more than threefold for FY2024 to RM117.2 million, compared to RM31.7 million in FY2023.
  • Record-high revenue of RM464.4 million, driven by strong rental and other property income.
  • Net Property Income (NPI) grew 25% to RM275.2 million, supported by higher occupancy rates and cost efficiencies.
  • Borrowing costs reduced by 13% to RM38.4 million, following the successful RM1.5 billion Sukuk issuance in September 2024.
  • Total dividend payout of RM231.5 million in 2024, benefiting approximately 82,000 Bumiputera unit holders under Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

SHAH ALAM, 20 MARCH 2025:

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) reported its audited financial results for the year ended 31 December 2024, achieving its strongest performance to date. The Group reported a net profit of RM117.2 million, more than tripling from RM31.7 million recorded in the previous year. This significant growth underscores the success of PHB’s strategic initiatives implemented in FY2024, positioning PHB for sustained long-term growth.

The robust financial performance was driven by record-high revenue of RM464.4 million, a 17% increase from RM396.0 million in FY2023, supported by higher rental income, improved occupancy rates, and contributions from newly completed key assets. Net Property Income (NPI) rose 25% to RM275.2 million, reflecting effective asset management and disciplined cost control across PHB’s portfolio.

PHB’s revenue growth was underpinned by a stronger retail market, increased property-related income and the completion of two key developments. Mayang Mall in Kuala Terengganu and the Maersk LF Logistics Warehouse in Shah Alam both contributed to increased rental income, with Mayang Mall achieving more than 80% occupancy rate as of 31 December 2024.

Borrowing costs declined by 13% to RM38.4 million, following PHB’s RM1.5 billion Sukuk issuance in September 2024. Strong market demand, reflected in a 2.2 times oversubscription, lowered PHB’s financing costs, with estimated savings of RM14 million, which will be fully realized in FY2025.

Operating profit also saw a 28% increase to RM407.0 million, up from RM317.2 million in the previous year, driven by stronger earnings and enhanced cost efficiencies. PHB’s strategic insourcing of Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) fund management contributed RM8.8 million in net revenue, with expectations to at least double this figure in FY2025. The restructuring of PHB’s key subsidiaries, including PHB Facility Management Berhad and PHB Asset Management Berhad, is projected to deliver annual cost savings of RM4.5 million upon full implementation in FY2025.

PHB’s strong financial performance in 2024 enabled a total dividend disbursement of RM231.5 million, directly benefiting approximately 82,000 Bumiputera investors of AHB. The Company also further strengthened its financial position with an AAA/Stable credit rating from RAM Ratings and a Gold 3 Sustainability Rating from RAM Sustainability, reinforcing its commitment to strong governance and financial sustainability.

Group Managing Director and Chief Executive Officer of PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, comments, "Achieving our highest revenue and profitability since inception is a testament to the strength of our strategy and disciplined execution, as well as the trust placed in us by our stakeholders. This achievement is not driven by one-off gains but by the strategic transformation that we initiated in 2024. The substantial improvement in FY2024 is just the beginning of our transformation journey, with greater progress ahead as we continue executing our long-term strategy. This success would not have been possible without the dedication of our team and the resilience of our portfolio. The favorable market response to our Sukuk issuance further validates confidence in our long-term vision, reinforcing our responsibility to sustain this momentum through prudent financial management and value-driven investments."

"As we look ahead, our three-year business plan focuses on long-term portfolio growth while ensuring we remain agile in a dynamic market. PHB remains committed to a prudent and risk-aware investment strategy, ensuring sustainable growth while safeguarding asset value. We are expanding into high-growth sectors such as healthcare, industrial, and education while strengthening our presence in new markets, including the East Coast, Sabah, and Sarawak while actively participating in new developments, particularly in Malay Reserve Land. The company is also strengthening lease structures by securing long-term, creditworthy tenants, minimizing rental income volatility and ensuring consistent cash flow. A key priority is growing the AHB fund to provide Bumiputera investors with greater access to prime commercial real estate ownership, aligning with our social mandate of empowering Bumiputera economic participation while ensuring sustainable financial returns.

To further strengthen investment resilience, PHB continuously monitors property market trends and conducts stress tests, ensuring informed and data-driven decision-making."

With rising demand for ESG-certified office spaces, PHB is deepening its sustainability commitment. Six buildings are now certified green under GBI or LEED, with a target to achieve 50% portfolio-wide green certification by 2030. The company is also exploring collaborative investment models, including forward commit and forward funding, to enhance capital efficiency and secure stable, long-term returns.




PHB CATAT KEUNTUNGAN REKOD RM117.2 JUTA BAGI TAHUN KEWANGAN 2024, BERSEDIA UNTUK PERTUMBUHAN MAMPAN

Sorotan Penting:
  • Keuntungan Bersih melonjak lebih tiga kali ganda bagi tahun kewangan 2024 (TK2024) kepada RM117.2 juta, berbanding RM31.7 juta pada TK2023.
  • Capai Hasil tertinggi berjumlah RM464.4 juta, dipacu oleh pendapatan sewa dan hartanah lain yang kukuh.
  • Pendapatan Bersih Hartanah (NPI) meningkat sebanyak 25% kepada RM275.2 juta, disokong oleh kadar penghunian lebih tinggi dan kecekapan pengurusan kos.
  • Kos pinjaman berkurangan sebanyak 13% kepada RM38.4 juta, berikutan kejayaan terbitan Sukuk bernilai RM1.5 bilion pada September 2024.
  • Pembayaran dividen berjumlah RM231.5 juta pada tahun 2024, memberi manfaat kepada kira-kira 82,000 pemegang unit Bumiputera di bawah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

SHAH ALAM, 20 MAC 2025:
  

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) telah melaporkan keputusan kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, mencatatkan prestasi paling kukuh dalam sejarahnya. Kumpulan PHB telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM117.2 juta, iaitu lebih tiga kali ganda berbanding RM31.7 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ketara ini mencerminkan kejayaan inisiatif strategik PHB yang dilaksanakan pada TK2024, sekali gus meletakkan PHB pada landasan yang tepat untuk pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Prestasi kewangan yang baik ini didorong oleh hasil tertinggi sejak penubuhannya iaitu sebanyak RM464.4 juta, peningkatan sebanyak 17% daripada RM396.0 juta pada TK2023, disokong oleh pendapatan sewa yang lebih tinggi, kadar penghunian yang lebih baik, serta sumbangan daripada aset utama yang baru siap dibangunkan. Pendapatan Bersih Hartanah (NPI) meningkat sebanyak 25% kepada RM275.2 juta, mencerminkan pengurusan aset yang berkesan dan disiplin dalam kawalan kos ke atas portfolio aset hartanah yang diurus PHB.

Pertumbuhan hasil PHB disokong oleh pasaran runcit yang lebih kukuh, peningkatan pendapatan berkaitan hartanah, serta penyiapan dua pembangunan utama iaitu Mayang Mall di Kuala Terengganu dan Gudang Maersk LF Logistics di Shah Alam, masing-masing menyumbang kepada peningkatan pendapatan sewa, dengan Mayang Mall mencapai kadar penghunian melebihi 80% setakat 31 Disember 2024.

Kos pinjaman menurun sebanyak 13% kepada RM38.4 juta berikutan penerbitan Sukuk bernilai RM1.5 bilion oleh PHB pada September 2024. Permintaan pasaran yang memberangsangkan dengan lebihan langganan sebanyak 2.2 kali telah mengurangkan kos pembiayaan PHB, dengan anggaran penjimatan sebanyak RM14 juta yang akan dimanfaatkan sepenuhnya pada TK2025.

Keuntungan operasi turut meningkat sebanyak 28% kepada RM407.0 juta, berbanding RM317.2 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi dan kecekapan pengurusan kos. Langkah strategik PHB mengambilalih pengurusan dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) telah menyumbang hasil bersih sebanyak RM8.8 juta, dengan jangkaan untuk sekurang-kurangnya menggandakan angka tersebut pada TK2025. Penyusunan semula anak syarikat utama PHB, termasuk PHB Facility Management Berhad dan PHB Asset Management Berhad, dijangka memberikan penjimatan kos tahunan sebanyak RM4.5 juta apabila dilaksanakan sepenuhnya pada TK2025.

Prestasi baik kewangan PHB pada tahun 2024 membolehkan pengagihan dividen keseluruhan berjumlah RM231.5 juta, yang memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 82,000 pelabur Bumiputera AHB. Syarikat juga terus mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan penarafan kredit AAA/Stabil daripada RAM Ratings dan Penarafan Kelestarian Emas 3 daripada RAM Sustainability, menekankan komitmennya terhadap kekuatan tadbir urus dan kemampanan kewangan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, mengulas, "Kejayaan kami dalam mencapai hasil dan keuntungan tertinggi sejak penubuhan syarikat adalah bukti kekuatan strategi serta pelaksanaan berdisiplin kami, selain kepercayaan yang diberikan oleh pihak berkepentingan. Pencapaian ini bukan sekadar hasil keuntungan sekali sahaja, tetapi hasil yang berterusan daripada transformasi strategik yang kami laksanakan pada tahun 2024. Peningkatan ketara dalam TK2024 hanyalah permulaan perjalanan transformasi kami; kemajuan lebih besar bakal dicapai dengan pelaksanaan berterusan strategi jangka panjang syarikat. Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi pasukan kami dan daya tahan portfolio syarikat. Sambutan pasaran yang positif terhadap terbitan Sukuk kami mengukuhkan lagi keyakinan terhadap wawasan PHB, sekali gus mendorong kami untuk mengekalkan momentum ini melalui pengurusan kewangan yang berhemat serta pelaburan berpandukan nilai."

"Rancangan perniagaan tiga tahun kami memberi tumpuan kepada pertumbuhan portfolio jangka panjang sambil memastikan kami kekal tangkas dalam pasaran yang dinamik. PHB kekal komited terhadap strategi pelaburan yang berhemat dan kekal peka terhadap risiko, bagi memastikan pertumbuhan yang mampan sambil melindungi nilai aset. Kami kini memperluaskan pelaburan ke dalam sektor berpotensi tinggi seperti penjagaan kesihatan, perindustrian, dan pendidikan, selain mengukuhkan kedudukan kami di pasaran baharu termasuk Pantai Timur, Sabah, dan Sarawak serta penglibatan secara aktif dalam pembangunan hartanah, terutamanya di Tanah Rizab Melayu. Syarikat juga sedang memperkukuh struktur pajakan dengan mendapatkan penyewa jangka panjang yang mempunyai penarafan kredit yang tinggi, sekali gus memastikan kestabilan pendapatan sewa dan aliran tunai yang konsisten. Salah satu keutamaan kami ialah menggembangkan dana AHB bagi memberikan akses yang lebih luas kepada pelabur Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial utama, sejajar dengan mandat sosial kami untuk memperkasakan penyertaan ekonomi Bumiputera sambil menjana pulangan kewangan yang mampan.”

Bagi mempertingkatkan lagi daya tahan pelaburan, PHB sentiasa memantau trend pasaran hartanah bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara maklum dan berpandukan data.

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk ruang pejabat yang mempunyai persijilan ESG, PHB mengukuhkan lagi komitmennya terhadap kelestarian. Enam bangunan kini telah mempunyai persijilan hijau di bawah GBI atau LEED, dengan sasaran untuk mencapai 50% persijilan hijau meliputi seluruh portfolio menjelang 2030. Syarikat juga sedang meneroka model pelaburan berasaskan kerjasama, termasuk komitmen hadapan dan pembiayaan hadapan, bagi meningkatkan kecekapan modal serta memastikan pulangan yang stabil dan berpanjangan.

Posted 20 March 2025 in Media Release 2025

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2