PHB Acquires RM300 Million Logistic Commercial Complex at Bayan Lepas Waterfront from Titijaya (BM Version Available)
KUALA LUMPUR, 29 October 2026: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) has acquired a logistics real estate asset in Bayan Lepas Waterfront, Penang, from Bursa Malaysia-listed company Titijaya Land Bhd (Titijaya) for approximately RM300 million as part of its strategy to expand its logistic asset portfolio and strengthen recurring income streams.

Completed in 2024, the logistics commercial complex is fully leased to DHL Properties (Malaysia) Sdn Bhd, providing PHB with a stable rental income stream.

With this acquisition, the logistic segment now contributes about 11 per cent of PHB's total investment property portfolio, reflecting the company's growing focus on logistics and industrial assets.

The property was acquired from Aman Duta Sdn Bhd, an indirect wholly-owned subsidiary of Titijaya.

Located within Bayan Lepas Waterfront, the asset comprises approximately 28,562.8 square meters of leasehold land held under H.S.(D) 26408, Lot 72885, Mukim 12, District of Barat Daya, Pulau Pinang, along with a purpose-built three storey logistics commercial complex erected thereon known as “Penang Logistics Hub 5”. The property features a modern design and serves as a high-grade logistics hub equipped with an Automated Storage and Retrieval System (ASRS), enhancing operational efficiency and storage capacity.

PHB Group Managing Director, Mazuki Abdullah @ Muhammad said, “The acquisition of the logistic complex strengthens our presence in one of Malaysia's key logistics hubs, while supporting our portfolio diversification strategy. The complex’s location in Bayan Lepas Waterfront positions us to benefit from continued growth across Penang’s logistics sector.

“Importantly, this asset provides long-term income visibility through a quality tenant and a stable lease structure. This is in line with our strategy to enhance our portfolio yield and strengthen our recurring income streams.

"As demand for quality logistics space continues to rise, this acquisition is an opportunity to enhance our portfolio’s performance and deliver competitive returns for Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) unit holders," he said.

He added that the acquisition supports the aspirations of the Bumiputera Economic Transformation Plan 2035 (PUTERA35), which aims to expand Bumiputera participation in the property sector and create long-term wealth through sustainable and competitive investment opportunities.

Titijaya Land Berhad’s Group Managing Director, Datuk Lim Poh Yit, said, “We are pleased to have completed this transaction with PHB, which reflects our commitment to creating value through quality income generating real estate investment and strategic asset management.

“This transaction demonstrates our proactive approach to managing our property portfolio and unlocking asset value. We remain focused on our core property development business and on pursuing opportunities that support the Group’s long-term growth and create sustainable value for our stakeholders,” he added.

PHB is an investment holding company under the purview of Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), while AHB is a Shariah-compliant unit trust fund that invests primarily in income-generating commercial properties across Malaysia.

                                                                                     

PHB PEROLEH KOMPLEKS LOGISTIK KOMERSIAL BERNILAI RM300 JUTA DI BAYAN LEPAS WATERFRONT DARIPADA TITIJAYA

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) memperoleh sebuah aset logistik dan perindustrian di Bayan Lepas Waterfront, Pulau Pinang, daripada syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, Titijaya Land Berhad (Titijaya), pada nilai kira-kira RM300 juta bagi memperluas portfolio aset perindustrian serta memperkukuh aliran pendapatan syarikat.

Siap dibina pada tahun 2024, hartanah tersebut disewakan sepenuhnya kepada DHL Properties (Malaysia) Sdn Bhd, sekali gus menyediakan sumber pendapatan sewaan yang stabil dan berterusan kepada PHB.

Pemerolehan itu meningkatkan sumbangan aset perindustrian kepada kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan portfolio hartanah pelaburan PHB, sejajar dengan strategi syarikat untuk mempelbagaikan portfolio dan memperkukuh daya tahan pendapatannya.

Hartanah berkenaan diperoleh daripada Aman Duta Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh tidak langsung Titijaya.

Terletak di Bayan Lepas Waterfront, aset ini merangkumi kira-kira 28,562.8 meter persegi tanah pegangan pajakan yang dipegang di bawah H.S.(D) 26408, Lot 72885, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, berserta sebuah kompleks komersial logistik tiga tingkat yang dibina di atasnya, yang dikenali sebagai “Penang Logistics Hub 5”.

Kompleks berkenaan dilengkapi dengan sistem Automated Storage and Retrieval System (ASRS), iaitu teknologi penyimpanan dan pengambilan barangan secara automatik yang meningkatkan kecekapan operasi serta mengoptimumkan kapasiti penyimpanan.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Mazuki Abdullah @ Muhammad, berkata pemerolehan tersebut mengukuhkan kedudukan syarikat dalam sektor logistik dan perindustrian, khususnya di Pulau Pinang yang merupakan antara hab perindustrian utama negara.

“Pemerolehan ini menawarkan potensi pendapatan jangka panjang yang disokong oleh penyewa berkualiti serta struktur pajakan yang stabil, selari dengan usaha PHB untuk meningkatkan prestasi portfolio dan mengukuhkan aliran pendapatan syarikat.

“Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap ruang logistik dan perindustrian berkualiti, PHB akan terus meneroka peluang pelaburan strategik bagi memperkukuh prestasi portfolio serta menjana pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB),” katanya.

Selain memperkukuh portfolio pelaburan PHB, pemerolehan ini turut selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PUTERA35) dalam memperluas penyertaan Bumiputera dalam sektor hartanah serta mewujudkan peluang penjanaan kekayaan jangka panjang menerusi pelaburan yang mampan dan berdaya saing.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya Land Berhad, Datuk Lim Poh Yit, berkata transaksi tersebut mencerminkan komitmen syarikat untuk terus mencipta nilai melalui pelaburan hartanah berkualiti dan pengurusan aset yang strategik.

“Kami berbesar hati kerana telah berjaya menyempurnakan transaksi ini bersama PHB, yang mencerminkan komitmen kami dalam mencipta nilai menerusi pelaburan hartanah berkualiti yang menjana pendapatan serta pengurusan aset yang strategik.

“Transaksi ini menunjukkan pendekatan proaktif kami dalam mengurus portfolio hartanah dan merealisasikan nilai aset. Kami kekal memberi tumpuan kepada perniagaan teras pembangunan hartanah sambil terus meneroka peluang yang menyokong pertumbuhan jangka panjang Kumpulan dan mewujudkan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan,” tambah beliau.

PHB merupakan syarikat pegangan pelaburan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), manakala Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial penjana pendapatan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.

Posted on 29 October 2026

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2026 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2