PHB Announces 400 Million New AHB Units (BM Version Available)
SHAH ALAM, 2 September 2026: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), a company under Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), today announced the issuance of 400 million new units of Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) for subscription by Bumiputera investors.

The additional units reaffirm PHB’s continued commitment to expanding opportunities for Bumiputera to gain beneficial ownership in quality commercial properties through investments in strategically located commercial real estate assets nationwide.

Since its inception in 2010 with an initial fund size of one billion units, AHB has undergone five rounds of additional unit issuance. With the latest addition, the total number of AHB units will increase to 5.4 billion, marking the sixth expansion since its establishment.

The latest issuance is supported by value injections from two PHB assets — the recently acquired Aurelius Hospital in Alor Setar, Kedah, and the revaluation of the Maersk logistics building in Shah Alam.

PHB Group Managing Director, Mazuki Abdullah @ Muhammad said the additional units were in line with the aspirations of the Bumiputera Economic Transformation Plan 2035 (PUTERA35) to strengthen Bumiputera participation in the property sector and create wealth through sustainable and competitive investment instruments.

“As the sponsor of AHB, PHB remains committed to providing investment opportunities that enable the Bumiputera community to build and grow their wealth through ownership in quality commercial properties.

“AHB serves not only as a savings and investment instrument, but also as an important avenue for long-term financial planning, including retirement preparation,” he said.

AHB is Malaysia’s first Shariah-compliant, property-based unit trust fund. The fund is backed by a portfolio of prime commercial properties that generate consistent rental income, providing sustainable returns to unitholders.

In line with its aspiration to empower Bumiputera participation in strategic asset ownership, AHB provides Bumiputera investors with an opportunity to gain beneficial ownership in prime commercial properties through unit trust investments.

PHB is encouraging the Bumiputera community to take advantage of the new unit offering as part of efforts to cultivate a culture of saving and investing for long-term financial well-being.

Those interested in subscribing to AHB units can do so at any authorised AHB distributor branches nationwide, namely Maybank, AmBank, AmBank Islamic, Bank Islam Malaysia Berhad and Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Existing Maybank customers can also subscribe to AHB through the Maybank2u website, where they can check their current unit holdings and subscribe to the new units.

Meanwhile, PHB Asset Management Berhad (PHBAM) Chief Executive Officer, Zulkifli Ishak said that to encourage more Malaysians to start and increase their investments in AHB, the company would launch the Simpan, Labur dan Menang Campaign beginning Oct 1.

The campaign will offer a range of attractive prizes to eligible and lucky investors in appreciation of their continued support for the AHB fund.

“This campaign is among our initiatives to encourage more individuals to plan their finances for the long term and build wealth prudently,” he said.

The minimum investment in AHB is RM100, while the maximum investment limit is RM1 million per individual. AHB is managed by PHBAM as the fund manager.


PHB UMUM 400  JUTA UNIT BAHARU AHB

SHAH ALAM, 2 September 2026:
Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), syarikat di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), hari ini mengumumkan penambahan 400 juta unit baharu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan kepada pelabur Bumiputera.

Penambahan itu sekali gus mencerminkan komitmen berterusan PHB dalam memperluaskan peluang pemilikan benefisial hartanah kepada lebih ramai Bumiputera menerusi pelaburan dalam aset hartanah komersial berkualiti di lokasi strategik seluruh negara.

Sejak diperkenalkan pada 2010 dengan saiz dana permulaan sebanyak 1 bilion unit, AHB telah melalui lima kali penambahan unit. Dengan penambahan terbaharu ini, jumlah keseluruhan unit AHB meningkat kepada 5.4 bilion unit, menjadikannya penambahan keenam sejak penubuhannya.

Penambahan unit baharu tersebut disokong oleh suntikan nilai daripada dua aset PHB, iaitu terkini Hospital Aurelius, Alor Setar, Kedah serta penilaian semula bangunan logistik Maersk, Shah Alam.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Mazuki Abdullah @ Muhammad, berkata penambahan unit tersebut selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PUTERA35) untuk memperkukuh pegangan Bumiputera dalam sektor hartanah serta mencipta kekayaan menerusi instrumen pelaburan yang mampan dan kompetitif.
 
“Sebagai penaja AHB, PHB akan terus komited menyediakan peluang pelaburan yang membolehkan masyarakat Bumiputera membina dan mengembangkan kekayaan melalui pemilikan hartanah komersial berkualiti.

“AHB bukan sahaja berperanan sebagai instrumen simpanan dan pelaburan, malah menjadi medium penting dalam perancangan kewangan jangka panjang, termasuk persediaan persaraan,” katanya.

AHB merupakan dana unit amanah patuh Syariah berasaskan hartanah yang pertama di Malaysia. Dana itu disokong oleh portfolio hartanah komersial utama yang menjana pendapatan sewaan secara konsisten, sekali gus menawarkan pulangan yang mampan kepada pemegang unit.

Selaras dengan aspirasi memperkasa penyertaan Bumiputera dalam pemilikan aset strategik, AHB menyediakan peluang kepada pelabur Bumiputera untuk memiliki pegangan benefisial dalam hartanah komersial utama melalui pembelian unit amanah.

PHB menggalakkan masyarakat Bumiputera untuk memanfaatkan peluang penambahan unit baharu ini sebagai langkah membudayakan amalan menabung dan melabur demi kesejahteraan kewangan masa hadapan.

Orang ramai yang berminat melanggan unit AHB boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan pengedar sah AHB di seluruh negara, iaitu Maybank, AmBank, AmBank Islamic, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Selain itu, bagi pelanggan Maybank sedia ada, mereka boleh melanggan AHB melalui laman web Maybank2u. Mereka juga boleh menyemak pegangan unit semasa dan melanggan unit baharu melalui portal tersebut.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHB Asset Management Berhad (PHBAM), Zulkifli Ishak berkata, bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memulakan dan meningkatkan pelaburan mereka dalam AHB, pihaknya akan melancarkan Kempen Simpan, Labur dan Menang bermula 1 Oktober depan. Kempen tersebut menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelabur yang layak dan bertuah sebagai penghargaan atas sokongan berterusan mereka terhadap dana AHB.

“Kempen ini merupakan antara inisiatif kami untuk menggalakkan lebih ramai individu merancang kewangan jangka panjang dan membina kekayaan secara berhemah,” katanya.

Pelaburan minimum bagi AHB ialah RM100, manakala had maksimum pelaburan ditetapkan pada RM1 juta bagi setiap individu. Dana AHB diuruskan oleh PHBAM selaku pengurus dana.

Posted on 2 September 2026

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2026 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2