SHAH ALAM, 27 August 2024: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) is pleased to announce the appointment of Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda as its new independent non-executive Chairman, effective 16 August 2024. This appointment follows the retirement of Tan Sri Ahmad Nizam Salleh on 1 August 2024.
Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad brings a wealth of experience to PHB, having held prominent positions across both the public and private sectors. He is currently the Group Chairman of Permodalan Nasional Berhad (PNB) and Chairman of Bumi Armada Berhad. He is also a Fellow of the Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) and a member of the Malaysian Institute of Accountants (MIA) and the Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), where he served on its Council for 24 years, including three years as its President.
In addition to his corporate roles, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad holds significant roles in various charitable institutions. He is the Chairman of Yayasan Raja Muda Selangor; Yayasan Amir; Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda and Yayasan TZA. Additionally, he is a member of the Board of Trustees of Yayasan DayaDiri and Lembaga Zakat Selangor.
He also serves as the Chancellor of Universiti Selangor.
“PHB’s Board of Directors and workforce warmly welcome Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad. His extensive experience in corporate management and institutional leadership will be invaluable in advancing PHB’s mandate to increase Bumiputera participation in the ownership of prime commercial real estate assets in Malaysia through the management of Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), a Shariah-compliant unit trust fund,” said Group Managing Director/Chief Executive Officer of PHB, Mohamad Damshal Awang Damit.
Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad previously served as Chairman of Ekuiti Nasional Berhad; Maxis Berhad; Icon Offshore Berhad; Danamodal Nasional Berhad and director of Khazanah Nasional Berhad. He was also formerly the Executive Chairman of PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia; Chairman of the Leadership Team of PwC Asia 7 and a member of the PwC Global IFS Board.
His contributions to the public sector are equally distinguished, having served as Chairman of the Malaysian Accounting Standards Board; a member of the Standards Advisory Council of the International Accounting Standards Board and as a member of the Securities Commission Malaysia; the Malaysian Communications and Multimedia Commission, the Investment Panel of the Employees Provident Fund and the Board of Trustees of the National Art Gallery.
PHB is the operating arm of Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) and the sponsor of AHB. The Board of Trustees of YAHB is chaired by the Prime Minister, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The Board and Management of PHB Group extend our heartfelt gratitude to Tan Sri Ahmad Nizam for his exemplary leadership and invaluable contributions to PHB since his appointment in 2021. His vast experience in the commercial property sector and leadership roles in prominent government-linked companies (GLCs) have been instrumental in the progress of PHB and the success of the AHB scheme, which was established in 2010.
PHB LANTIK PENGERUSI BARU SHAH ALAM, 27 OGOS 2024:
Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 16 Ogos 2024. Pelantikan ini dibuat susulan persaraan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh pada 1 Ogos 2024.
Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad membawa pengalaman yang luas kepada PHB, melalui peranannya yang penting di dalam sektor awam dan swasta. Beliau kini merupakan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Pengerusi Bumi Armada Berhad. Beliau juga merupakan Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), di mana beliau berkhidmat dalam majlisnya selama 24 tahun, tiga daripadanya adalah sebagai presiden.
Selain daripada peranannya di dalam bidang korporat, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad memegang jawatan penting dalam insitiusi kebajikan. Beliau adalah Pengeusi Yayasan Raja Muda Selangor; Yayasan Amir; Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda dan Yayasan TZA. Selain itu, beliau juga merupakan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DayaDiri dan Lembaga Zakat Selangor.
Beliau juga berkhidmat sebagai Canselor Universiti Selangor.
“Lembaga Pengarah dan warga kerja PHB mengalu-alukan kedatangan Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad. Pengalaman luas beliau dalam pengurusan korporat dan kepimpinan institusi akan menjadi aset yang amat berharga dalam memajukan mandat PHB untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pemilikan aset hartanah komersial utama di Malaysia melalui pengurusan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), sebuah dana amanah patuh Syariah,” kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PHB, Mohamad Damshal Awang Damit.
Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad; Maxis Berhad; Icon Offshore Berhad; Danamodal Nasional Berhad dan pengarah Khazanah Nasional Berhad. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia; Pengerusi Pasukan Kepimpinan PwC Asia 7 dan ahli Lembaga IFS Global PwC.
Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad juga telah banyak menyumbang di dalam sektor awam, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia; ahli Majlis Penasihat Piawaian Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa; serta ahli Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Negara.
PHB merupakan cabang operasi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan penaja kepada AHB. Lembaga Pemegang Amanah YAHB dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kumpulan PHB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Ahmad Nizam atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan yang tidak ternilai kepada PHB sejak pelantikan beliau pada tahun 2021. Pengalaman luas beliau dalam sektor hartanah komersial dan peranan kepimpinan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terkemuka telah memainkan peranan penting dalam kemajuan PHB dan kejayaan skim AHB yang telah ditubuhkan pada tahun 2010.