SHAH ALAM, 25 DECEMBER 2025 – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) has appointed Mazuki Abdullah @ Muhammad as its new Group Managing Director, effective 1 January 2026.
Mazuki is currently the Co-Head of the Real Estate Division at Permodalan Nasional Berhad (PNB), where he oversees a diversified domestic real estate portfolio with a total asset value exceeding RM12 billion. The portfolio comprises land banking, investment properties, industrial and logistics assets, as well as active development projects. His responsibilities also include Merdeka 118, PNB’s mixed-use development, and PNB Group’s hospitality investment platform.
With more than 25 years of experience in real estate, corporate strategy and institutional investment, Mazuki is well-positioned to lead PHB into the next phase of growth. He holds a Bachelor of Arts (Honors) in Accounting and Finance from the University of Kent, Canterbury, United Kingdom.
In a related announcement, PHB’s current Group Managing Director and Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit, will retire upon the completion of his contract on 31 December 2025, after leading the company since 1 January 2023.
During his tenure, Mohamad Damshal led key strategic initiatives to strengthen PHB’s operational processes, governance framework and professional culture, as well as turnaround the Group’s financial positions.
Over this period, PHB recorded improvements in revenue and profitability, alongside improved occupancy levels across most of its commercial assets. With these foundations firmly in place, PHB is well-positioned to continue executing its growth strategy and progress towards its 2027 milestones.
The Board of Directors extends their appreciation and gratitude to Mohamad Damshal for his leadership and contribution in strengthening PHB’s foundations over the past three years.
PHB Lantik Pengarah Urusan kumpulan Baharu
SHAH ALAM, 25 Disember 2025 – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) melantik Mazuki Abdullah @ Muhammad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharu berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Mazuki kini memegang jawatan Ketua Bersama Bahagian Hartanah di Permodalan Nasional Berhad (PNB), di mana beliau menyelia portfolio hartanah domestik yang pelbagai dengan jumlah nilai aset melebihi RM12 bilion. Portfolio itu merangkumi bank tanah, hartanah pelaburan, aset perindustrian dan logistik, serta projek pembangunan.
Beliau juga terbabit dalam pembangunan mercu tanda Merdeka 118, projek pembangunan guna campuran PNB, selain platform pelaburan hospitaliti Kumpulan PNB.
Dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang hartanah, strategi korporat dan pelaburan institusi, Mazuki diyakini mampu menerajui PHB ke fasa pertumbuhan seterusnya. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kewangan dari University of Kent, Canterbury, United Kingdom.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB ketika ini, Mohamad Damshal Awang Damit, akan menamatkan kontraknya pada 31 Disember 2025, selepas menerajui syarikat itu sejak 1 Januari 2023.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Mohamad Damshal memimpin pelaksanaan beberapa inisiatif strategik utama bagi memperkukuh operasi PHB, memperkemas kerangka tadbir urus dan budaya profesional, serta mengukuhkan kedudukan kewangan Kumpulan.
Dalam tempoh berkenaan, PHB merekodkan peningkatan pendapatan dan keuntungan, di samping mencatat kadar penghunian yang lebih baik bagi aset komersial milik syarikat. Berlandaskan asas kukuh yang dibina, PHB kini berada pada kedudukan yang baik untuk terus melaksanakan strategi pertumbuhannya ke arah mencapai sasaran 2027.
Lembaga Pengarah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohamad Damshal atas kepimpinan serta sumbangan beliau dalam memantapkan asas PHB sepanjang tiga tahun lalu.