SHAH ALAM, 3 September 2024: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) has successfully issued its debut RM1.5 billion Sukuk Murabahah, comprising of RM1.4 billion Sustainability Sukuk Murabahah and RM100 million Sukuk Murabahah under its established AAA-rated RM5 billion Sukuk Murabahah Programmes.
PHB completed its inaugural issuances of Sustainability Sukuk Murabahah and Sukuk Murabahah with tenures of one (1), three (3), five (5) and seven (7) years, conducted through private placement and book building exercises. The sukuk issuance saw strong investor demand, being oversubscribed by 2.2 times with a closing order book of circa RM3 billion. This results in tight spreads with profit rates set between 3.49% and 3.91% per annum. The Sustainability Sukuk Murabahah was well-spread among various investor segments, including pension funds, insurance companies, asset managers and financial institutions.
PHB’s Sukuk Murabahah Programmes consist of Islamic Medium Term Notes (IMTN) programme and Islamic Commercial Papers (ICP) programme, with a combined limit of up to RM5 billion in nominal value. The programmes are structured around Shariah-compliant Tawarruq-based Murabahah principle, with the flexibility to issue Sustainability Sukuk Murabahah tranches.
In accordance with PHB’s Sustainability Sukuk Framework, proceeds from the sustainability issuances will be used to refinance eligible projects towards climate and wider environmental benefits, or measurable social improvement and impact. This demonstrates PHB’s commitment to advancing green and sustainable real estate while generating lasting value that positively impacts communities and the environment.
The Sukuk Murabahah Programmes are rated AAA/Stable and P1 by RAM Ratings, reflecting PHB’s robust financial position and its strategic role in advancing Bumiputera ownership and participation in the country’s commercial real estate sector, in accordance with its mandate from the Government. Additionally, the Sukuk Murabahah Programmes have received Gold Sustainable Finance Rating by RAM Sustainability, with assigned Environmental Benefit and Social Benefit.
Affin Hwang Investment Bank Berhad served as the sole principal adviser, lead arranger and Sustainability Sukuk Advisor for the Sukuk Murabahah Programmes. Affin Hwang Investment Bank Berhad also acted as one of the joint lead managers for the transaction, alongside AmInvestment Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad and Bank Muamalat Malaysia Berhad.
The signing ceremony between PHB and Affin Hwang Investment Bank for the RM5 Billion AAA-Rated Sukuk Murabahah Programmes, was held here yesterday. PHB was represented by its Group Managing Director/Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit whereas Affin Hwang Investment Bank was represented by its Chief Executive Officer, Nurjesmi Mohd Nashir.
"The issuance of RM5 billion Sukuk Murabahah Programmes is key in attaining PHB’s long-term goal of sustainable growth and reinforce our commitment to delivering value while adhering to Shariah principles," said Mohamad Damshal. "The strong demand for this issuance reflects investor confidence in PHB’s financial strength and strategic role in realizing the government mandate that has been assigned to us."
He continued, "Sukuk Murabahah Programmes provide essential capital to expand PHB's Shariah-compliant investment portfolio through future asset acquisitions, refinance existing borrowings, and support future financing needs, while boosting Bumiputera ownership in prime commercial real estate through Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)"
At enterprise-level, PHB has received AAA/Stable/P1 Corporate Credit Rating from RAM Ratings and a Gold3 Sustainability Rating from RAM Sustainability, highlighting PHB’s strong credit and exemplary sustainability performance in the property investment sector.
PHB Lancar Sukuk Murabahah RM1.5 Bilion dengan Terbitan Kelestarian, Dilanggan Lebih 2.2 Kali Ganda
SHAH ALAM, 3 September 2024: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) berjaya meraih harga terbitan Sukuk sulungnya sebanyak RM1.5 bilion, yang terdiri daripada RM1.4 bilion Sukuk Kelestarian Murabahah dan RM100 juta Sukuk Murabahah di bawah Program Sukuk Murabahah RM5 bilion bertaraf AAA.
PHB telah menyelesaikan penerbitan Sukuk Kelestarian Murabahah dan Sukuk Murabahah sulung dengan tempoh matang satu (1), tiga (3), lima (5), dan tujuh (7) tahun, yang dilaksanakan melalui penempatan persendirian dan proses pembinaan buku. Penerbitan sukuk ini mendapat permintaan kukuh daripada pelabur, dengan lebihan langganan sebanyak 2.2 kali, menjadikan jumlah tempahan hampir RM3 bilion dengan kadar keuntungan antara 3.49% hingga 3.91% setahun. Sukuk Kelestarian Murabahah mendapat sambutan baik daripada pelbagai segmen pelabur, termasuk dana pencen, syarikat insurans, pengurus aset dan institusi kewangan.
Program Sukuk Murabahah PHB terdiri daripada program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) dan program Kertas Komersial Islam (ICP), dengan nilai nominal gabungan sehingga RM5 bilion. Program-program ini distrukturkan berdasarkan prinsip Murabahah berasaskan Tawarruq yang mematuhi Syariah, dengan fleksibiliti untuk menerbitkan tranche Sukuk Kelestarian Murabahah.
Selaras dengan Kerangka Sukuk Kelestarian PHB, hasil kutipan daripada terbitan sukuk kelestarian akan digunakan untuk membiayai semula projek pembangunan bagi mencapai manfaat iklim, alam sekitar dan penambahbaikan aspek sosial. Ini menunjukkan komitmen PHB ke arah pembangunan hijau dan lestari sambil menjana nilai berpanjangan yang memberi kesan positif kepada komuniti dan alam sekitar.
Program Sukuk Murabahah berkenaan telah diberi penarafan kredit AAA/Stable dan P1 oleh RAM Ratings. Ia adalah cerminan kedudukan kewangan PHB yang kukuh serta peranannya yang strategik dalam memajukan pemilikan dan penyertaan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial negara, selaras dengan mandat kerajaan. Selain itu, Program Sukuk Murabahah tersebut turut menerima Penarafan Kewangan Lestari Emas oleh RAM Sustainability, dengan penetapan Manfaat Alam Sekitar dan Manfaat Sosial.
Affin Hwang Investment Bank Berhad ialah penasihat dan pengatur utama tunggal untuk Program Sukuk Murabahah tersebut. Affin Hwang Investment Bank Berhad juga ialah salah satu pengurus bersama utama bagi transaksi ini, bersama-sama AmInvestment Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Majlis menandatangani Program Sukuk Murabahah bertaraf AAA bernilai RM5 bilion antara PHB dan Affin Hwang Investment Bank Berhad telah berlangsung di sini, semalam. PHB diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Damshal Awang Damit, manakala Affin Hwang Investment Bank diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurjesmi Mohd Nashir.
“Penerbitan Program Sukuk Murabahah bernilai RM5 bilion adalah kunci dalam mencapai matlamat jangka panjang PHB untuk pertumbuhan lestari dan mengukuhkan komitmen kami bagi memberikan nilai tambah berlandaskan prinsip Syariah,” kata Mohamad Damshal.
“Permintaan yang kukuh untuk penerbitan ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap kekuatan kewangan PHB dan peranan strategik kami dalam merealisasikan mandat kerajaan yang telah diberikan kepada kami.”
Tambah beliau lagi, “Program Sukuk Murabahah menyediakan modal penting untuk mengembangkan portfolio pelaburan PHB yang patuh Syariah melalui pemerolehan aset baharu, pembiayaan semula pinjaman sedia ada dan akan datang, sambil meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam hartanah komersial utama melalui Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)”.
Sementara itu, PHB telah menerima Penarafan Kredit Korporat AAA/Stable/P1 daripada RAM Ratings dan Penarafan Kewangan Lestari Emas3 daripada RAM Sustainability, penarafaan tersebut ialah cerminan kekuatan kredit PHB dan prestasi kelestarian cemerlang dalam sektor pelaburan hartanah.