PHB Establishes Fund Management Outfit to Manage Its Investment Products (BM Version Available)

SHAH ALAM, 7 May 2024: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Malaysia's leading property investment company and the operational arm of Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB), proudly announces the establishment of its wholly owned subsidiary, PHB Asset Management Berhad (PHBAM), which will serve as its expert management of investment products and complementary, yet innovative financial solutions. This is part of the group’s strategic move towards increasing Bumiputera's participation and ownership in commercial properties.

Leveraging a robust portfolio of 25 real estate assets valued at approximately RM10 billion and AHB fund size of RM5 billion, PHB brings extensive industry expertise to PHBAM, positioning it for growth and innovation in real estate-based funds.

PHBAM intends to play a more strategic role in integrating relevant financial solutions in AHB, advancing the social and economic development of the Bumiputera. To further support PHB's long-term goal, PHBAM is set to scale the AHB fund from RM5 billion to RM20 billion by 2030 by introducing a digital distribution strategy to provide greater and effortless access to underserved Bumiputera communities.

"Through PHBAM, PHB is able to effectively cultivate financial prosperity and empowerment among Bumiputera investors and stakeholders alike," said PHB Group Managing Director/Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit. "We envision PHBAM as a force for innovation in real estate-backed funds, providing the Bumiputera with easy access to consistent and stable income streams while catering to their diverse financial needs,” he said.

PHBAM received a Capital Markets Services License from the Securities Commission Malaysia on 22 April 2024, for fund management and dealing in securities for unit trusts. With its inception, PHBAM is now both financially and operationally equipped to provide expert management services and financial solutions to PHB.

PHBAM is designed to achieve operational excellence through the integration of system and technology, alongside experienced talent and competence in the financial capital market. This approach enables PHBAM to effectively manage challenges while maintaining a stable and scalable business.

SHAH ALAM, 7 Mei 2024: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), syarikat pelaburan hartanah Malaysia dan cabang operasi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB), hari ini mengumumkan penubuhan anak syarikat milik penuhnya, PHB Asset Management Berhad (PHBAM), berfungsi sebagai syarikat pengurusan produk pelaburan inovatif dan penyelesaian kewangan sebagai langkah strategik syarikat untuk meningkatkan penyertaan dan pemilikan Bumiputera dalam hartanah komersial.

Dengan portfolio yang terdiri daripada 25 aset hartanah bernilai kira-kira RM10 bilion dan saiz skim pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak RM5 bilion, PHB membawa kepakaran industri yang meluas kepada PHBAM, meletakkan kedudukannya untuk terus berkembang dan berinovasi dalam pembangunan dana berlandaskan hartanah.

PHBAM merancang penyelesaian strategik bersepadu bagi solusi kewangan untuk memacu pembangunan sosial dan ekonomi Bumiputera. Bagi menyokong matlamat jangka panjang PHB, PHBAM memainkan peranan untuk meningkatkan skim pelaburan AHB dari RM5 bilion ke RM20 bilion menjelang tahun 2030 dengan memperkenalkan strategi edaran digital untuk akses yang lebih luas dan mudah kepada komuniti Bumiputera yang kurang mendapat pendedahan berkenaan skim pelaburan AHB.

"Melalui PHBAM, PHB mampu memupuk kesejahteraan kewangan dan pemberdayaan di kalangan pelabur Bumiputera dan pemegang kepentingan kami,” kata Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit. “Kami menjangkakan PHBAM menjadi sebuah syarikat pengurusan dana yang berinovasi, menyediakan akses terus kepada pendapatan yang konsisten dan stabil kepada Bumiputera sambil memenuhi kepelbagaian keperluan kewangan mereka,” katanya.

PHBAM telah menerima Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (Capital Market Services License) daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 22 April 2024, untuk pengurusan dana dan urus niaga dalam sekuriti bagi unit amanah. PHBAM kini bersedia dari segi kewangan dan pengoperasian untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan produk pelaburan serta penyelesaian kewangan kepada PHB.

PHBAM diwujudkan bagi mencapai kecemerlangan dalam operasi melalui penggabungan sistem teknologi serta sumber manusia berpengalaman dan cekap dalam pasaran modal kewangan. Pendekatan ini menjadikan PHBAM bersedia menangani cabaran dengan lebih berkesan sambil memastikan operasi perniagaan berkembang dan stabil.

Posted May 8, 2024 In Media Release 2024

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2024 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup