PHB INKS MOU WITH IJN HOLDINGS, EXPLORE EXPANSION OF HEALTHCARE FACILITIES (BM Version available)

KUALA LUMPUR, 18 OCTOBER 2024: 

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), a property investment company under the purview of Yayasan Pelaburan Bumiputera, and IJN Holdings Sdn Bhd (IJN) signed a Memorandum of Understanding (MoU) to collaborate on the future expansion of IJN’s healthcare facilities.

This strategic collaboration will explore pioneering forward-commit and forward-funding business models, designed to benefit both PHB and IJN by providing a structured framework to support IJN’s healthcare development projects. Under this model, PHB commits to purchasing the healthcare facilities upon their completion, ensuring financial backing for the developer and making the projects more appealing to investors and partners. This approach allows IJN to focus on its core mission of delivering world-class cardiovascular care while alleviating the burden and risk of managing land and property development.

PHB's AAA credit rating from RAM Ratings and Gold 3 Sustainability Rating provides developers with robust support to secure more favourable financing terms and enhanced loan accessibility. This approach not only strengthens the viability of healthcare projects but also ensures the timely delivery of cutting-edge facilities to meet the growing demand for medical services.

The partnership is a key part of PHB's focus on the healthcare sector, recognizing its potential for resilience and growth, particularly in the post-pandemic era. Malaysia’s advanced healthcare infrastructure and its reputation as a leading medical tourism destination provide a solid foundation for this collaboration, which aims to enhance the country's healthcare offerings and attract more international patients. By joining forces with IJN, Malaysia’s leading cardiovascular care provider, this initiative is expected to further solidify the nation’s position as a premier global healthcare destination.

PHB Group Managing Director/Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit, said, “This partnership demonstrates our commitment to creating sustainable value through strategic investments in the healthcare sector. The forward commit model allows us to leverage our financial strengths to support IJN’s expansion, ensuring that we contribute to Malaysia’s healthcare excellence and economic growth.”

In his speech, IJN Holdings Group Chief Executive Officer, Prof. Dato’ Sri Dr Mohamed Ezani Md Taib, emphasized that, “IJN is committed to expanding beyond Kuala Lumpur, reaching underserved regions to address the healthcare needs of a broader population. This initiative will pave the way for establishing new facilities, ensuring access to specialized cardiac care for communities across Malaysia, regardless of their location. It is important to highlight that this is more than an infrastructure development collaboration - it reflects our commitment to the future of healthcare in Malaysia.

The MoU signing ceremony between PHB and IJN, was held at PHB’s headquarters in Shah Alam, yesterday. PHB was represented by its Group Managing Director/Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit whereas IJN was represented by IJN Holdings Group Chief Executive Officer, Prof. Dato’ Sri Dr Mohamed Ezani Md Taib.

As the MoU lays the groundwork for long-term collaboration, both parties are optimistic about this partnership that will deliver transformative benefits to the healthcare landscape in Malaysia.




PHB, IJN HOLDINGS METERAI MOU, TEROKAI PELUASAN KEMUDAHAN KESIHATAN
 

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2024: 

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), syarikat pelaburan hartanah di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera dan IJN Holdings Sdn Bhd (IJN) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama dalam peluasan kemudahan kesihatan IJN.


Kerjasama strategik ini akan menerokai model perniagaan berdasarkan komitmen hadapan dan pembiayaan hadapan, yang akan memanfaatkan PHB dan IJN dengan menyediakan rangka kerja untuk menyokong projek pembangunan kesihatan IJN. Di bawah model ini, PHB komited untuk membeli kemudahan kesihatan tersebut setelah ia siap dibina, memastikan sokongan kewangan kepada pemaju dan menjadikan projek ini lebih menarik kepada para pelabur dan rakan kongsi. Pendekatan ini membolehkan IJN menumpukan pada misi utamanya untuk menyediakan rawatan kardiovaskular bertaraf dunia sambil mengurangkan beban dan risiko dalam menguruskan pembangunan tanah dan hartanah.

Penarafan kredit AAA PHB daripada RAM Ratings dan Penarafan Kelestarian Gold 3 memberikan sokongan kukuh kepada pemaju untuk mendapatkan terma pembiayaan yang lebih menguntungkan serta meningkatkan aksesibiliti pinjaman. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh daya maju projek kesihatan tetapi juga memastikan projek dapat disiapkan mengikut masa untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan perubatan.

Kerjasama ini penting bagi PHB dalam sektor kesihatan, terutamanya dalam era pasca pandemik. Infrastruktur kesihatan yang maju di Malaysia serta reputasinya sebagai destinasi pelancongan perubatan terkemuka menyediakan asas kukuh untuk kerjasama ini untuk meningkatkan penawaran kesihatan negara dan menarik lebih ramai pesakit antarabangsa. Dengan usahasama IJN, penyedia rawatan kardiovaskular terkemuka di Malaysia, inisiatif ini dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai destinasi penjagaan kesihatan global yang unggul.

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, berkata, “Kerjasama ini menunjukkan komitmen kami untuk mencipta nilai lestari melalui pelaburan strategik dalam sektor kesihatan. Model komitmen hadapan membolehkan kami memanfaatkan kekuatan kewangan kami untuk menyokong peluasan kemudahan kesihatan IJN, selain menyumbang kepada kecemerlangan kesihatan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Holdings, Prof. Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib, berkata, “IJN komited untuk berkembang ke luar Kuala Lumpur, mencapai kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kesihatan yang lebih luas kepada masyarakat. Inisiatif ini akan membuka jalan untuk penubuhan kemudahan baharu, memastikan akses kepada rawatan kardiovaskular khusus bagi komuniti di seluruh Malaysia, tanpa mengira lokasi mereka. Adalah penting untuk ditegaskan bahawa ini lebih daripada sekadar kerjasama pembangunan infrastruktur - ia mencerminkan komitmen kami terhadap masa depan penjagaan kesihatan di Malaysia.”

Sementara itu, Majlis menandatangani MoU antara PHB dan IJN telah diadakan di ibu pejabat PHB, Shah Alam, semalam. PHB diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Damshal Awang Damit, manakala IJN diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Holdings, Prof. Dato’ Sri Dr Mohamed Ezani Md Taib.

MoU ini adalah kerjasama jangka panjang PHB dan IJN, di mana kedua-dua pihak optimis usahasama ini yang akan membawa transformasi kepada landskap kesihatan di Malaysia.





Posted October 18, 2024 in Media Release 2024

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2