SHAH ALAM, 23 JULY 2025:
Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), an investment holding company under the purview of Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), is pleased to announce the successful acquisitions of two prime industrial properties located in Kulim Hi-Tech Park, Kedah and Port of Tanjung Pelepas, Johor, with a total investment value of approximately RM247 million.
These acquisitions are part of PHB’s strategic roadmap to expand its footprint in the industrial asset class and diversify its real estate portfolio in line with its growth targets.
Following the acquisitions, PHB’s industrial assets currently represent about 10% of the company’s total investment property portfolio.
The first asset, strategically located in Kulim Hi-Tech Park, was acquired from Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC). The facility spans 12 acres of industrial land and comprises a four-storey main building and a single-storey warehouse and production area. The property is fully leased to Schott Glass, a global leader in specialty glass and materials technology.
The second property, acquired from Rancak Beta Sdn Bhd is located in Port of Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor, a key logistics hub in southern Malaysia. This asset covers 9.4 acres and features a single-storey warehouse, fully tenanted by Maersk, a leading global player in logistics.
PHB Group Managing Director/ Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit said, both assets are high-performing industrial facilities located in key economic zones outside the Klang Valley that offer long-term lease stability and quality occupiers.
“As demand for quality industrial and logistics spaces continues to rise, PHB remains focused on expanding into high-value industrial corridors to optimise long-term performance and sustain attractive returns for unitholders of Amanah Hartanah Bumiputera (AHB),” he said.
Mohamad Damshal further explained that the strategic acquisitions are aligned with PHB’s aim to focus on improving yield while optimising sectoral allocation within its portfolio, ensuring a more sustainable and robust revenue generation for PHB.
AHB is a Shariah-compliant unit trust fund that invests primarily in the beneficial ownership of commercial properties in prime locations in Malaysia. AHB is backed by prime commercial properties that are already tenanted and are enjoying a steady stream of rental income. It was established to provide opportunity to Bumiputera investors to participate in owning prime commercial properties through the holding of units in AHB as unit holders.
The fund can be subscribed by Bumiputera investors at a price of RM1.00 per unit at all
PHB PERKUKUH PORTFOLIO INDUSTRI, PEMEROLEHAN BERNILAI RM247 JUTA
DI KEDAH DAN JOHOR
SHAH ALAM, 23 JULAI 2025 – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), syarikat pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), mengumumkan pemerolehan dua hartanah industri di Kulim Hi-Tech Park, Kedah dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, dengan jumlah nilai pelaburan kira-kira RM247 juta.
Langkah strategik ini merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan jangka panjang PHB untuk memperkukuh kedudukan dalam segmen hartanah industri serta mempelbagaikan portfolio pelaburannya selaras dengan aspirasi pertumbuhan syarikat.
Melalui pemerolehan ini, aset industri PHB kini menyumbang sehingga 10% daripada keseluruhan portfolio hartanah pelaburan syarikat.
Aset pertama diperoleh daripada Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC), meliputi kawasan seluas 12 ekar yang terletak di lokasi strategik dalam Kulim Hi-Tech Park. Kemudahan ini terdiri daripada bangunan utama empat tingkat serta gudang dan kawasan pengeluaran setingkat. Hartanah ini disewakan sepenuhnya kepada Schott Glass, peneraju global dalam teknologi kaca khas dan bahan canggih.
Hartanah kedua pula diperoleh daripada Rancak Beta Sdn. Bhd, terletak di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor, sebuah hab logistik utama di selatan Malaysia. Aset ini meliputi kawasan seluas 9.4 ekar dan menempatkan sebuah gudang setingkat yang disewakan sepenuhnya kepada Maersk, syarikat logistik bertaraf antarabangsa.
Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit berkata, kedua-dua aset ini merupakan bangunan industri berprestasi tinggi yang terletak di zon ekonomi utama di luar Lembah Klang, menawarkan penyewaan jangka panjang yang stabil dengan penyewa berkualiti.
“Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap ruang industri dan logistik berkualiti, PHB kekal fokus untuk meneroka sektor industri bernilai tinggi bagi mengoptimumkan prestasi jangka panjang dan mengekalkan pulangan yang stabil kepada pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB),” katanya.
Tambah Mohamad Damshal lagi, pemerolehan ini selari dengan matlamat PHB untuk meningkatkan pulangan pelaburan serta mengoptimumkan peruntukan sektor dalam portfolio hartanah syarikat bagi menjana pendapatan yang lebih stabil, mampan dan kukuh untuk jangka masa panjang.
AHB merupakan dana amanah patuh syariah yang melabur dalam pemilikan benefisial hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia. AHB disokong oleh hartanah komersial utama yang telah disewakan sepenuhnya dan menjana aliran pendapatan sewaan yang stabil. Dana ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk memiliki pegangan dalam hartanah komersial utama melalui pemilikan unit dalam AHB sebagai pemegang unit.
Dana ini boleh dilanggani oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 seunit di semua pengedar sah, iaitu Maybank; AmBank; AmBank Islamic; Bank Islam dan Bank Rakyat di seluruh Malaysia. Pembukaan akaun dan langganan unit kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal myAHB di www.myahb.my