PHB Strengthens CSR in Education Through the Good Builder Volunteer Initiative (BM Version Available)
  • 30 PHBs’ employees participated in building classroom furniture.
  • PHB to contribute the new furniture, namely desks, chairs, and storage units to Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3, Subang Perdana, Selangor.
  • The initiative to benefit over 1,000 pupils.

SUBANG JAYA, 2 November 2025: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) continues to reinforce its commitment to community enrichment and education through a values-driven corporate social responsibility (CSR) initiative that brought employees together for a hands-on volunteer programme in collaboration with EPIC Homes through its “The Good Builder” programme.

More than 30 PHB employees participated in a two-day workshop from 1 to 2 November that involved assembling classroom furniture as part of a team-building and volunteer effort.

The property investment company will contribute the new built furniture, including desks, chairs, and storage units, to be placed at Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3, Subang Perdana, Selangor. This initiative will benefit more than 1,000 pupils by fostering a more comfortable and conducive learning environment.

The effort also served as a meaningful employee volunteerism platform, reflecting PHB’s core values of Professional, Harmonious, and Bold, while reinforcing the Group’s belief in fostering positive social impact beyond the workplace. Through this hands-on experience, employees had the opportunity to collaborate, build practical skills, and contribute to enriching learning spaces for the school community.

PHB’s Group Managing Director/Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit, said the initiative reflects PHB’s commitment to contributing towards education and nation-building through the CSR programmes that encourage employee participation.

“Education plays a key role in shaping future talent and strengthening communities. This initiative demonstrates the value of volunteerism and the importance of cultivating a supportive environment for learning, growth, and human development. We are pleased to be part of a programme that empowers our employees to give back in a practical and impactful way to the community,” he said.

PHB’s CSR initiatives centre on education, in line with the United Nations Sustainable Development Goal (SDG) 4 – Quality Education. Moving forward, PHB aims to broaden its education-focused CSR programmes by creating more opportunities for employee volunteerism and strengthening meaningful engagement within the communities.



PHB PERKUKUH INISIATIF SOSIAL KORPORAT DALAM BIDANG PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM 'THE GOOD BUILDER'

  • 30 sukarelawan PHB terlibat membina perabot bilik darjah.
  • Perabot bilik darjah baharu seperti kerusi, meja dan almari disumbangkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3, Subang Perdana, Selangor.
  • Inisaitif memanfaatkan lebih 1,000 pelajar.

SUBANG JAYA, 2 November 2025: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan komuniti dan pendidikan menerusi pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi kerjasama dengan EPIC Homes di bawah program “The Good Builder”.

Lebih 30 warga kerja PHB menyertai bengkel selama dua hari bermula dari 1 hingga 2 November yang memberi tumpuan kepada aktiviti membina perabot bilik darjah sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan pasukan dan khidmat masyarakat.

Melalui inisiatif itu, PHB akan menyumbangkan perabot baharu seperti meja, kerusi dan rak penyimpanan yang akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3, Subang Perdana, Selangor. Usaha berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 pelajar sebagai usaha menyokong suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.

Program berkenaan turut menjadi platform bagi menggalakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga kerja PHB, selaras dengan nilai teras syarikat iaitu Profesional, Harmoni dan Berani. Ia juga memperkukuh keyakinan syarikat terhadap usaha mewujudkan impak sosial yang positif di luar tempat kerja.

Melalui pengalaman itu, warga kerja berpeluang bekerjasama, mengasah kemahiran praktikal serta menyumbang ke arah membantu menyokong ruang pembelajaran yang kondusif bagi komuniti sekolah berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, berkata inisiatif berkenaan merupakan komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan pendidikan dan negara melalui program CSR yang bermanfaat serta menggalakkan penglibatan aktif warga kerja.

“Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk pelapis masa depan dan memperkukuh komuniti. Inisiatif ini memperlihatkan nilai kesukarelawanan serta kepentingan mewujudkan persekitaran yang menyokong pembelajaran, pertumbuhan dan pembangunan insan.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada program yang memberi peluang kepada warga kerja untuk menyumbang secara praktikal dan memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

PHB menumpukan pelaksanaan inisiatif CSR kepada bidang pendidikan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) 4 – Pendidikan Berkualiti.

PHB merancang untuk memperluas program CSR berteraskan pendidikan dengan mewujudkan lebih banyak peluang kesukarelawanan dan memperkukuh penglibatan bermakna bersama komuniti setempat.

Posted 11 November 2025 

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2