PHB's AAA/Stable ratings affirmed by RAM ratings (BM Version Available)

SHAH ALAM, 6 August 2025:

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), a real estate investment holding arm of Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), today announced the affirmation of its AAA/Stable/P1 corporate credit ratings, along with the AAA/Stable ratings for its RM5.0 billion Islamic Medium-Term Notes (2024/-) (IMTN) Programme and Islamic Commercial Papers (2024/2031) (ICP) by RAM Ratings.

The rating affirmation considers PHB’s sound financial profile, measured cost management, and its role in supporting national objectives to enhance Bumiputera participation in commercial real estate through Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), a Shariah-compliant unit trust fund.

In the financial year ended December 2024, PHB reported a 17% increase in revenue to RM464 million (FY2023: RM396 million), supported by stronger rental income and improved occupancy across its portfolio. Operating efficiency also improved, with property-related costs contained at just 1.2% year-on-year, at RM177 million (FY2023: RM175 million), due to the insourcing of facility and lease management services. Consequently, the net property income (NPI) margin strengthened to 61% (FY2023: 56%).

PHB Group Managing Director/ Chief Executive Officer, Mohamad Damshal Awang Damit, stated that the affirmation of the company’s credit rating reflects market confidence in PHB’s resilient fundamentals and prudent approach to capital and portfolio management.

“We remain focused on generating long-term value while upholding our mandate to drive inclusive economic participation through real estate investment,” he said.

As of end-2024, PHB maintained a healthy financial profile with a gearing ratio of 0.29 times (end-2023: 0.23 times) and a cash-to-short-term debt ratio of 4.1 times (end-2023: 1.2 times). Although gearing is anticipated to rise in line with planned acquisitions of completed assets, the company continues to adhere to prudent financial policies in executing its long-term growth strategy.

As part of its strategic pivot, PHB is rebalancing its portfolio exposure away from office assets and toward more resilient and demographically supported sectors such as industrial, healthcare, and education.

“PHB’s role in national development remains central to our operations, as we continue to enhance Bumiputera access to institutional-grade real estate through AHB, contributing to inclusive and sustainable economic growth,” Mohamad Damshal added.

RAM Ratings Chief Executive Officer, Julie Ng observed that “PHB is considered highly important to the Government, with the mandate to advance Bumiputera ownership of prime commercial real estate. This support is evident through grants and tax exemptions to PHB. These factors, along with the Group’s improving operational efficiency and robust credit fundamentals underpin RAM's affirmation of PHB's AAA/stable rating.

AHB is currently valued at RM5 billion, benefiting over 82,000 Bumiputera investors in Malaysia with a stable stream of yearly dividends ranging from 4.7% to 7.5% between 2011 and 2025.

 
 
 
 
PHB RAIH PENARAFAN AAA/STABIL RAM RATINGS

SHAH ALAM, 6 Ogos 2025 – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), syarikat pelaburan hartanah di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), hari ini mengumumkan penarafan kredit korporat AAA/Stabil/P1 oleh RAM Ratings. Penarafan AAA/Stabil turut dikekalkan bagi Program Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) (2024/-) dan Program Kertas Komersial Islamik (ICP) bagi tempoh 2024 hingga 2031 bernilai RM5.0 bilion.

Penarafan tersebut mengambil kira kedudukan kewangan PHB yang kukuh, pengurusan kos yang berhemat serta peranan strategiknya dalam menyokong agenda nasional melalui Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebuah dana amanah unit patuh Syariah bertujuan memperkasa pemilikan hartanah komersial dalam kalangan Bumiputera.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, PHB mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 17% kepada RM464 juta berbanding RM396 juta pada tahun sebelumnya, disokong oleh pendapatan sewaan yang lebih tinggi serta kadar penghunian yang memberangsangkan dalam portfolio syarikat. Kecekapan operasi turut mencatat penambahbaikan dengan kos berkaitan hartanah terkawal hanya 1.2% tahun ke tahun kepada RM177 juta (TK2023:RM175juta) hasil pelaksanaan pengurusan fasiliti dan penyewaan secara dalaman. Perkembangan ini turut menyaksikan margin pendapatan hartanah bersih (NPI) syarikat mengukuh kepada 61%, berbanding 56% pada tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, berkata penarafan tersebut mencerminkan keyakinan pasaran terhadap asas kukuh syarikat serta pendekatan berhemat dalam pengurusan modal dan portfolio.

“Kami kekal komited untuk menjana nilai jangka panjang secara mampan, seiring mandat PHB untuk memperluas penyertaan ekonomi secara inklusif melalui pelaburan hartanah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata PHB mengekalkan kedudukan kewangan yang sihat pada akhir 2024 dengan nisbah keberhutangan 0.29 kali (2023: 0.23 kali) dan nisbah tunai kepada hutang jangka pendek sebanyak 4.1 kali (2023: 1.2 kali).

Meskipun kadar keberhutangan dijangka meningkat berikutan perancangan pengambilalihan aset siap dibina, PHB kekal berpegang kepada dasar kewangan yang berhemat dalam pelaksanaan strategi pertumbuhan jangka panjang.

Sebagai langkah strategik, PHB kini menyusun semula portfolio dengan mengurangkan kebergantungan terhadap aset pejabat dan memfokuskan kepada sektor yang lebih lestari dan didorong oleh sokongan demografi seperti sektor perindustrian, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Peranan kami dalam menyokong pembangunan negara kekal menjadi keutamaan, terutamanya dalam memperluas akses Bumiputera kepada pemilikan hartanah komersial menerusi AHB yang menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RAM Ratings, Julie Ng, berkata PHB dilihat sebagai entiti yang amat penting kepada kerajaan dengan mandat khusus untuk memperkukuh pemilikan Bumiputera dalam hartanah komersial utama negara.

“Sokongan kerajaan jelas diterjemahkan melalui pemberian geran dan pengecualian cukai kepada PHB. Faktor ini, digabungkan dengan kecekapan operasi dan asas kredit yang kukuh, menyokong penarafan AAA/Stabil kami kepada PHB,” katanya.

Sehingga kini, dana AHB dianggarkan berjumlah RM5 bilion dan telah memberi manfaat kepada lebih 82,000 pelabur Bumiputera di seluruh negara. Sejak dilancarkan, AHB telah menyalurkan agihan dividen tahunan yang stabil antara 4.7 hingga 7.5 peratus bagi tempoh 2011 hingga 2025.


Posted 06 August 2025 in Media Release 2025

Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2025 Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U). All Rights Reserved.
Ooops!
Generic Popup2