- Menara BT wins Silver in the Non-Strata Office (10 Years and Above) category.
- Plaza Conlay wins Silver in the Non-Strata Office (Below 10 Years) category.
KUALA LUMPUR, 21 July 2026: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) has strengthened its position as one of Malaysia's leading real estate investment companies after two of its flagship office buildings,
Menara BT and
Plaza Conlay, were recognised at
The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards 2026, recently.
Menara BT received the
Silver Award under the Non-Strata Office (10 Years and Above) category, while Menara Conlay received the Silver Award under the Non-Strata Office (Below 10 Years) category. These recognitions were conferred in acknowledgement of the properties’ exemplary management standards, operational excellence, and strong commitment to sustainability and environmental performance.
Located within the established Bangsar South integrated development, Menara BT is a 20-storey office building offering excellent connectivity and access to a wide range of amenities. The building is certified Green Building Index (GBI) Silver.
Meanwhile, Plaza Conlay is a 41-storey Grade A office tower with a GBI Gold certification. Strategically located adjacent to the Conlay MRT Station, the building also enjoys close proximity to Kuala Lumpur City Centre (KLCC) and Tun Razak Exchange (TRX), providing convenient access to the city's commercial and retail hubs.
PHB Group Managing Director, Mazuki Abdullah @ Muhammad said the recognition reflects the company's continued efforts to provide quality and sustainable assets while advancing its environmental, social and governance (ESG) agenda.
"For PHB, sustainability is no longer an aspiration—it is becoming an integral part of how we invest, manage and future-proof our assets. These recognitions affirm that disciplined asset management creates long-term value for tenants, investors and the communities we serve."
"Through the PHB Energy Roadmap 2024–2030, we remain committed to enhancing energy efficiency and expanding the adoption of renewable energy across our property portfolio as part of our long-term sustainability strategy.
“Looking ahead, PHB will continue strengthening its commercial property portfolio through active asset management, sustainability initiatives and operational excellence to ensure its assets remain competitive while delivering sustainable value to tenants, investors and Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) unitholders.”
Organised by The Edge Malaysia, the Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards 2026 brought together leading players in Malaysia’s property industry to celebrate excellence in property management and sustainability. The awards ceremony was held on 20 July 2026 at the Hilton Kuala Lumpur, recognising organisations that have demonstrated outstanding commitment to operational excellence, innovation, and sustainable practices.
DUA BANGUNAN PREMIUM PHB TERIMA PENGIKTIRAFAN DI THE EDGE MALAYSIA BEST MANAGED & SUSTAINABLE PROPERTY AWARDS 2026
- Menara BT terima Anugerah Perak bagi kategori Pejabat Bukan Strata (10 Tahun dan Ke Atas).
- Plaza Conlay terima Anugerah Perak bagi kategori Pejabat Bukan Strata (Bawah 10 Tahun).
KUALA LUMPUR, 21 Julai 2026: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor pelaburan hartanah komersial apabila dua bangunan pejabat utamanya,
Menara BT dan
Plaza Conlay, menerima pengiktirafan pada
The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards 2026, baru-baru ini.
Menara BT menerima
Anugerah Perak bagi kategori Pejabat Bukan Strata (10 Tahun dan Ke Atas), manakala Plaza Conlay menerima Anugerah Perak bagi kategori Pejabat Bukan Strata (Bawah 10 Tahun). Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai mengiktiraf kecemerlangan kedua-dua bangunan dalam aspek pengurusan hartanah, kecekapan operasi serta komitmen berterusan terhadap amalan kelestarian dan prestasi alam sekitar.
Terletak di pembangunan bersepadu Bangsar South, Menara BT merupakan bangunan pejabat 20 tingkat yang menawarkan akses mudah serta jaringan perhubungan yang baik ke pelbagai kemudahan. Bangunan ini turut memperoleh pensijilan Green Building Index (GBI) Silver.
Sementara itu, Plaza Conlay ialah bangunan pejabat Gred A setinggi 41 tingkat yang memiliki pensijilan GBI Gold. Terletak di lokasi strategik bersebelahan Stesen MRT Conlay, bangunan itu juga berada berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Tun Razak Exchange (TRX), sekali gus menawarkan akses yang mudah ke pusat komersial dan perniagaan utama ibu negara.
Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Mazuki Abdullah @ Muhammad berkata, pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyediakan aset berkualiti dan mampan, di samping memperkukuh pelaksanaan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
"Bagi PHB, kelestarian bukan lagi sekadar aspirasi, sebaliknya telah menjadi sebahagian daripada pendekatan kami dalam membuat pelaburan, mengurus aset serta memastikan aset kekal relevan dan berdaya saing pada masa hadapan. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa pengurusan aset yang berdisiplin mampu mewujudkan nilai jangka panjang kepada penyewa, pelabur dan komuniti setempat.
"Melalui Pelan Hala Tuju Tenaga PHB 2024–2030, kami kekal komited meningkatkan kecekapan tenaga serta memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di seluruh portfolio hartanah sebagai sebahagian daripada strategi kelestarian jangka panjang syarikat.
"Pada masa hadapan, PHB akan terus memperkukuh portfolio hartanah komersialnya menerusi pengurusan aset yang proaktif, pelaksanaan inisiatif kelestarian dan kecemerlangan operasi bagi memastikan aset syarikat kekal berdaya saing, di samping menjana nilai mampan kepada penyewa, pelabur serta pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)," katanya.
Anugerah The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards 2026 yang dianjurkan oleh The Edge Malaysia menghimpunkan pemain utama industri hartanah negara bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam pengurusan hartanah dan amalan kelestarian. Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung pada 20 Julai 2026 di Hilton Kuala Lumpur, bagi menghargai organisasi yang menunjukkan komitmen cemerlang terhadap kecemerlangan operasi, inovasi dan amalan lestari.